Buffet Ramadhan 2023 : Air Tangan Ibu Di Santapan Ummis Hijau Kasturi Menggamit Nostalgia Ramadan- Tidak dinafikan masakan ibu adalah yang terbaik di dunia. Sejauhmana kita melangkah didalam dunia ini, mencuba pelbagai jenis masakan pastinya kita tetap memilih apa yang dimasak oleh ibu. Cukup rasa dan istimewa, air tangan ibu tetap didalam jiwa selamanya. Dan jika kita merindui masakan air tangan ibu, bolehlah mencubanya di Santapan Ummis Hijau Kasturi di Sentul Point.
Tiga masakan utama yang ditawarkan setiap hari adalah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga.
Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan. Tak lupa kuih muih,aneka bubur dan mee bakal tersedia sebagai pengikat selera.
Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati.
Harga buffet:
‘early bird’ - untuk pembelian baucer tempahan sehingga 28 Februari 2023
RM45.90 nett (dewasa)
RM17.90 nett (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas)
Selepas 28 Feb 2023
RM 51.90 nett (dewasa)
RM19.90 nett (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas).
Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi terus komited untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Untuk itu, pihak restoran telah menetapkan hanya menerima 80 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.
Selain itu, buat mereka yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian : 03-40324383(pejabat) 017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).
*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian :
Ummis Hijau Kasturi G3A.
Sentul Village Service Apartment,
No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
Mengenai Ummis Hijau Kasturi
Mengenai Ummis Hijau Kasturi
Restoran yang telah bertapak selama lebih tiga tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun.
Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka. Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...