Buffet Ramadhan 2023 : Hidangan 1001 Rasa di The Grand Campbell Hotel KL

Ahla Wa Sahlan. Pejam celik, pejam celik tidak lagi kita akan memasuki bulan ramadhan. Pada bulan ini juga kita pasti akan bersemangat membuat persediaan raya. Jadi pada meeeka yang datang bershopping di kawasan Sogo, Jalan TAR dan Masjid India dan berdekatan bolehlah singgah untuk berbuka puasa ala buffet ramadhan di Dewan Bunga Raya The Grand Campbell Hotel.


Bertemakan hidangan 1001 rasa dengan lebih 100 hidangan yang ditawarkan. Apa yang pasti pelbagai hidangan sajian melayu yang begitu dekat dengan jiwa kita boleh rasai disini. Ada ikan bakar, sambal udang, sambal tumis ikan bilis, daging masak lemak, paru bercili dan pelbagai lagi.


Lebih menarik, sepanjang bulan ramadhan ini selebriti Dee Jangan Ketawa akan menghiburkan semua tetamu yang hadir dengan celotehnya. Penampilan esklusif Dee sememangnya sangat dinanti terutama bagi peminat siri Jangan Ketawa yang cukup popular satu masa dulu


Jom lihat hidangan apa yang telah saya cuba disini. Not bad! Banyak juga pilihan menarik. Walaupun tidak berkesempatan merasai semua, namun tetapu puas hati. Makan sampai kenyang dan paling penting tidak membazir.











Macam-macam sambal ada ya! Saya paling suka dengan sambal tempoyak kar sini. Harum bau tempoyak memang menjadikan semua juadah bersama nasi menajdi lebih kick!


Kambing golej di sini antara yang menjadi tarikan tetamu yang hadir.


Pecal dan rojak buah juga antara feveret makana saya di sini.


Air balang penyejuk tekak.


Jangan lupa untuk cuba teh tarik disini,Memang padu rasanya.


Kuih-muih tradisi dan pastri pelbagai jenis.


Jeruk pun ada ya!


Pencuci mulut - bubur pulit hitam


Mi kari yang sedap!



Dewan agak luas boleh dipenuhi sehingga 500 tetamu dalam satu-satu masa


Ada juga persembahan muzik yang turut menemani tetamu yang berbuka disini.


Tempat parkir yang agak luas dan banyak. 


Buffet ramadhan di Dewan Bunga Raya The Grand Campbell Hotel bermula dari 27 March hingga 20 April 2023.

l

Harga buffet:
Dewasa, 13 tahun ke atas (RM78)
Kanak-kanak, 6 - 12 tahun (RM55)
Beli 10 PERCUMA 1


Ramadhan Staycation
Bagi mereka yang ingin menginap sambil membeli-belah di SOGO dan Jalan Tunku Abdul Rahman, ada harga pakej menarik ditawarkan di sini:-

Superior Room bersama sahur untuk 2 orang - RM150nett (utk 1 malam)
Superior Room bersama sahur dan buffet ramadhan untuk 2 orang - RM300nett (utk 1 malam)

Untuk tempahan boleh hubungi : 018-9767177
atau email di : sales@grandcampbellhotel.com

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...