Carrisa Beauty Produk Penjagaan Diri dan Kecantikan Jenama Tempatan Yang Meyakinkan

Carrisa Beauty Produk Penjagaan Diri dan Kecantikan Jenama Tempatan Yang Meyakinkan- Saya memang agak cerewet didalam memilih produk penjagaan diri dan kecantikan wajah. Banyak faktor yang dipertimbangkan seterusnya memilih yang terbaik dan sesuai dengan diri saya. Jadi apabila mula diperkenalkan dengan jenama Carrisa yang merupakan jenama tempatan yang sudah berada di pasaran sejak 2018, saya begitu teruja untuk mencubanya.

Apa yang menarik produk di bawah jenama Carrisa semuanya telah mendapat kelulusan KKM dan juga halal. Formulasinya adalah daripada bahan-bahan terbaik dan selamat. Untuk penjagaan diri, bahan yang digunakan adalah semuanya dari sumber semulajadi. Jadi kita tidak ada rasa was-was menggunakannya.

Biarpun kualiti produk jenama Carrisa setanding antarabangsa namun dari segi harga sangat berpatutan. Ini kerana semua produk Carrisa Beauty adalah mampu milik dan ditawarkan diantara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu.

Pengenalan Jenama Carrisa Beauty

Carrisa jenama lokal yang diperkenalkan dibawah Carrisa Beauty Sdn. Bhd.sejak tahun 2015. Bermula dengan butik pakaian di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Shah Alam, kini Carrisa mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang setanding produk antarabangsa.

Ini juga berikutan dengan permintaan pelanggan yang inginkan produk penjagaan wajah yang berkualiti premium tetapi ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.

Jenama Carrisa mendapat sambutan yang tinggi dari pelanggan kami. Justeru saya merasakan inilah peluang terbaik untuk meneroka bidang baharu dengan mempelbagaikan produk keluaran

ujar Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Syarikat.

Dan akhirnya pada tahun 2018, Carrisa Beauty Sdn. Bhd.telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa. Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan bahkan untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara.


Produk Carrisa sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan semua produknya diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan luar negara. Pelanggan boleh mendapatkan produk-produk Carrisa dari Pasaraya Besar SOGO iaitu di Central i-City Shah Alam dan juga Mid Vally Southkey Johor Bahru. Pihak  Carrisa Beauty Sdn. Bhd. juga dalam perancangan untuk memasarkan produk Carrisa di beberapa buah pasaraya besar yang lain dan farmasi terpilih selain mempunyai kiosk mudah alih sendiri bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk terkini secara terus.


Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik). Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia.

Siri Penjagaan Diri dan Kecantikan Carrisa Beauty

Produk Jenama Carrisa terdiri daripada barangan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri. Ini termasuklah krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita. 


Bagi produk kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai.


Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. 



Pilihan lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman..


Tidak lengkap gaya tanpa memakai maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan.

Kita juga sentiasa disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya produk kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk.

Jika korang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dalan berdandan, bolehlah ke kaunter Carrisa bagi mendapatkan khidmat nasihat perunding kecantikan Carrisa Beauty. Melalui pengetahuan dan pengalaman,  perunding kecantikan Carrisa Beauty sedia memberi tips dan mengesyorkan produk yang sesuai untuk digunakan. 



Bagi krim mandian dan skrub badan terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing. Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Efeknya dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama kita dapat memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar. 


Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. 

Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan. Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka. Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin. Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini. 


Terdapat juga rangkaian penjagaan wajah seperti facial cleanser, facial treatment essence, brightening moisturizer cream dan juga Ageless Granium Skin Booster.

Carrisa bukan hanya sekadar nama, bahkan ianya datang bersama komitmen untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita jenama lokal yang boleh pergi lebih jauh dikenali seluruh dunia. Pada masa yang sama ingin mendidik pengguna supaya menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan makna Carrisa itu sendiri – Kerana anda sememangnya cantik


Jangan lupa untuk dapatkan produk Carrisa di Pasaraya SOGO, pembelian atas talian menerusi Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan laman sesawang (carrisa beauty).


Saya dah cuba dan berpuas hati. Jadi anda bila lagi. Jom cantik bersama Carrisa Beauty :-)
Carrisa Beauty Produk Penjagaan Diri dan Kecantikan Jenama Tempatan Yang Meyakinkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 01, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.