Carrisa Beauty Produk Penjagaan Diri dan Kecantikan Jenama Tempatan Yang Meyakinkan- Saya memang agak cerewet didalam memilih produk penjagaan diri dan kecantikan wajah. Banyak faktor yang dipertimbangkan seterusnya memilih yang terbaik dan sesuai dengan diri saya. Jadi apabila mula diperkenalkan dengan jenama Carrisa yang merupakan jenama tempatan yang sudah berada di pasaran sejak 2018, saya begitu teruja untuk mencubanya.
Apa yang menarik produk di bawah jenama Carrisa semuanya telah mendapat kelulusan KKM dan juga halal. Formulasinya adalah daripada bahan-bahan terbaik dan selamat. Untuk penjagaan diri, bahan yang digunakan adalah semuanya dari sumber semulajadi. Jadi kita tidak ada rasa was-was menggunakannya.
Biarpun kualiti produk jenama Carrisa setanding antarabangsa namun dari segi harga sangat berpatutan. Ini kerana semua produk Carrisa Beauty adalah mampu milik dan ditawarkan diantara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu.
Pengenalan Jenama Carrisa Beauty
Carrisa jenama lokal yang diperkenalkan dibawah Carrisa Beauty Sdn. Bhd.sejak tahun 2015. Bermula dengan butik pakaian di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Shah Alam, kini Carrisa mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang setanding produk antarabangsa.
Ini juga berikutan dengan permintaan pelanggan yang inginkan produk penjagaan wajah yang berkualiti premium tetapi ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.
Jenama Carrisa mendapat sambutan yang tinggi dari pelanggan kami. Justeru saya merasakan inilah peluang terbaik untuk meneroka bidang baharu dengan mempelbagaikan produk keluaran
ujar Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Syarikat.
Dan akhirnya pada tahun 2018, Carrisa Beauty Sdn. Bhd.telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa. Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan bahkan untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara.
Siri Penjagaan Diri dan Kecantikan Carrisa Beauty
Produk Jenama Carrisa terdiri daripada barangan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri. Ini termasuklah krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita.
Bagi produk kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai.
Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama.
Kita juga sentiasa disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya produk kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk.
Jika korang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dalan berdandan, bolehlah ke kaunter Carrisa bagi mendapatkan khidmat nasihat perunding kecantikan Carrisa Beauty. Melalui pengetahuan dan pengalaman, perunding kecantikan Carrisa Beauty sedia memberi tips dan mengesyorkan produk yang sesuai untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...