Guardian Melancarkan Promosi Mix and Match Dengan Penjimayan 60% Dan Memperkenalkan Karakter Bunny Digital Yang Comel

Guardian Melancarkan Promosi Mix and Match Dengan Penjimayan 60% Dan Memperkenalkan Karakter Bunny Digital Yang Comel - Seronok berbelanja di Guardian. Apatah lagi apabila terdapatnya promosi harga barangan yang ditawarkan pada harga yang cukup menarik dan berbaloi. Terkini Guardian telah melancarkan promosi Mix & Match buat pertama kalinya, yang menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata;

Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian.

Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran. 

 

Promosi ini bermula pada 1 Februari 2023 dan akan berakhir pada 28 Februari 2023, jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli-belah di Guardian.

 

Oh ya1 Bersempena dengan Tahun Arnab, Guardian turut memperkenalkan karakter digital, Guardian Bunny Twin baharu yang dikenali sebagai Pom Pom dan Bun Nee.

Teo berkata;
Mereka akan menjadi Bunny pertama daripada banyak lagi arnab yang akan muncul dari Bunnyville Guardian dan kedua-duanya akan berinteraksi dengan pelanggan secara maya sebagai duta jenama Guardian yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.
Pom Pom, arnab yang lebih tua bersifat Mendidik, Bermaklumat dan Prihatin manakala kembarnya yang lebih muda, Bun Nee, gemar Bermain dan Cerdik.
Jadi ikuti ruang digital kami untuk kelahiran lebih banyak Bunny Guardian dari Bunnyville tidak lama lagi!!”

Makan Malam Bersama Guardian
 
Saya dan rakan media yang lain berkesempatan menyertaii makan malam anjuran Guardian. Makan malam ini dianjurkan bersempena dengan Tahun Baru Cina dan juga pengenalan promosi terkini di Guardian Malaysia.

Memang cukup meriah! Apatah lagi hidangan yang disediakan oleh Restoran Dolly Dim Sum memang semuanya enak-enak belaka. Selain daripada acara makan-makan, terdapat juga kuiz yang memberi peluang pada mereka yang berjaya menjawabnya mendapat hadiah daripada Guardian. 


Sesuatu yang cukup indah, setelah sekian lama tidak berjumpa bukan sahaja dengan team dari guardian bahkan dengan rakan media lain yang sering sama-sama menyokong Guardian dalam setiap acara yang dianjurkan.


Sampai jumpa lagi di acara akan datang. Buat Guardian terima kasih diatas jemputan.

#guardianmy
#guardianmixNmatch

2 comments:

  1. Kat area rumah saya dah ada guardian. tak perlu masuk mall lagi sekarang

    ReplyDelete
  2. bestnya u dpt dinner tuuuu anyway i memang suka beli brg kat guardian hehehhe

    ReplyDelete

Sharing is caring...