Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, Berhibur Sambil Membeli-belah Baju Raya

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, Berhibur Sambil Membeli-belah Baju Raya- Siri Jelajah Suria kini kembali lagi! Untuk tahun siri Jelajah Suria akan bermula pada 11 Februari sehingga 4 Mac 2023 dengan bertemakan sentuhan 80an, 90an dan yang terkini. Apa yang lebih menarik, untuk siri jelajah kali ini turut mendapat kerjasama jenama baju kurung yang cukup cukup popular di Malaysia, Anggun Cotton Collection.



Empat Lokasi Siri Jelajah Menjadi Pilihan.
Acara akan bermula pada jam 12 tenge di 4 lokasi terpilih yang terpilih seperti berikut:-
11 Februari 2023 - Paradigm Mall Johor Bahru
19 Februari 2023 - Zon Utara
25 Februari 2023 - Kuantan City Mall, Kuantan
4 Mac 2023 - Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya Selangor


Lebih 40 artis popular tanahair akan bersama menyertai Jelajah Suria Anggun Cotton Collection. Antara seperti Shidee, Raja Ema, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Khai Bahar, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nurdiana, Zamani Slam, Floor 88, Erni Zakri, Syamel, Azan Scan, Xpose, Misha Onar, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Ruffedge, Newboyz dan ramai lagi.


Selain dapat berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya, Anna.J, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin. Pada masa yang sama bolehlah dapatkan baju raya pada harga istimewa, esklusif dari Anggun Cotton Collection.

Hadiah Menarik Ditawarkan Pada Pengunjung Bertuah
Bagi pengunjung yang mendapatkan barangan esklusif Suria FM seperti t-shirt, lanyard dan pelbagai lagi di sepanjang program jelajah, mereka berpeluang memenangi motorsikal Modenas MR 3 melalui cabutan bertuah. Ada 4 buah motosikal ditawarkan sepanjang siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection.

Begitu juga dengan acara pentas, ada pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuklah wang tunai lebih RM10,000 akan diberikan kepada pengunjung bertuah.

Info Mengenai Penganjur Utama - Anggun Cotton Collection 
Syarikat Anggun Cotton Collection ditubuhkan pada Mac 2014 dan telah bertapak di Malaysia 8 tahun lamanya.  Diterajui oleh dua adik beradik iaitu Puan Noraini dan Puan Norafizah bersama pasangan masing-masing, Tuan Mohd Shazrin dan Tuan Adzim.

Nama Anggun dipilih sebagai nama jenama kerana ianya sinonim dengan wanita. Produk utama keluaran Anggun Cotton Collection ialah baju kurung wanita dan kanak-kanak ready to wear yang berasaskan cotton. Selain itu terdapat juga koleksi ironless, kaftan, baju kurta lelaki dewasa serta kanak-kanak. Anggun Cotton Collection juga merancang untuk mengeluarkan koleksi baju melayu pada masa akan datang. Untuk saiz baju adalah bermula dari XXS sehingga 10XL.

Terdapat kira-kira 46,000 dropship Anggun Cotton Collection berdaftar yang ada daripadanya berjaya  memperolehi pendapatan mencecah beribu ringgit setiap bulan. Permintaan yang cukup hebat daripada pelanggan tidak hairanlah jenama Anggun Cotton Collection ini pernah menerima pengiktirafan daripada BrandLaurate & Superbrand dalam kategori fesyen baju kurung.

Baju Kurung Esklusif Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection
Istimewa sepanjang siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, pengunjung boleh mendapatkan baju sedondon terutama ibu dan anak. Selain itu, terdapat 5 corak esklusif yang hanya ditawarkan sepanjang siri jelajah ini. 


Yana Shamsudin, duta Anggun Collection akan turut sama turun padang di setiap lokasi Jelajah Suria Anggun Cotton Collection. Kehadiran Yana pastinya dapat menghilang kerinduan peminat yang lama menantinya setelah sekian lama tidak muncul di layar perak.

Edisi esklusif ini ditawarkan pada harga cukup istimewa dan ianya adalah terhad. Namun jangan risau kerana semua saiz ada ditawarkan. Jadi tidak kira anda kurus ataupun comel chubby tetap boleh bergaya bersama Anggun Cotton Collection.

Bagi mereka yang mendapatkan barangan Anggun Cotton Collection, berpeluang juga menyertai cabutan bertuah yang menawarkan ganjaran wang tunai. Bak kata pepatah lama 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Sambil-sambil membeli boleh menang duit raya.

Jom bawa keluarga anda dan datang beramai-ramai memeriahkan Jelajah Suria Anggun Cotton Colection. Sambil berhibur bolehlah membeli baju raya. Jumpa anda di sana!

8 comments:

  1. Nak tengok full collection dia! Saya suka kurung jenis cotton. hehe

    ReplyDelete
  2. wahh tak sabar nak pi jelajah suria ni. boleh cuci mata koleksi terbaru anggun cotton

    ReplyDelete
  3. wah ramai betul artis yg turut serta dalam siri jelajah ni. terbaiklah suriafm :)

    ReplyDelete
  4. Wah. Jom sama-sama enjoy 3 Mac kelak. Kawan kat opis nie suka collection Anggun nie.

    ReplyDelete
  5. Wowo...so so beautiful stylish all the cotton baju kurung. A nice event to showcase. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Congrats to both for the collaboration! I cant wait to share this with my friends too

    ReplyDelete
  7. sounds amazing! i cant wait to join in the festive fun and shop for new baju raya at this event soon!

    ReplyDelete
  8. Ruby hari-hari dengar radio suria fm dan mereka promo ni dengan suara Cik Piah nyanyi lagu promo tu. Semoga dipermudahkan jelajah mereka.

    ReplyDelete

Sharing is caring...