Program INTEC Shared Future Membantu Anak Muda Melanjutkan Pelajaran Dengan Tajaan Biasiswa

Program INTEC Shared Future Membantu Anak Muda Melanjutkan Pelajaran Dengan Tajaan Biasiswa- Peluang melanjutkan pelajaran dengan tajaan sememangnya menjadi impian semua anak muda. Apatah lagi pada mereka yang datangnya dari keluarga yang tidak berkemampuan dan juga mengalami masalah kewangan.

Namun dengan adanya inisiatif program INTEC Shared Future atau singkatannya ISF memberikan solusi untuk anak-anak muda yang datangnya dari keluarga asnaf (perlu berdaftar dengan Lembaga Zakat yang diiktiraf) atau anak yatim untuk menyambung pelajaran peringkat Diploma mengikut bidang yang mereka impikan mengikut kelayakan. ISF diperkenalkan oleh INTEC Education College yang mana organisasi yang bertanggungjawab dalam mengumpulkan dana pendidikan dengan kerjasama organisasi korporat, alumni INTEC dan orang ramai.


Melalui program INTEC Shared Future, pelajar yang layak diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran dan sesterusnya membantu mereka mencapai cita-cita yang diimpikan samada dalam pekerjaan mahupun menjadi usahawan.

Setiap pelajar yang layak mendapat tajaan biasiswa INTEC Shared Future akan ditanggung semua yuran pengajian dan yuran asrama. Bahkan sepanjang pengajian akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM350 sebulan. Pelajar juga akan diberikan pinjaman komputer riba bagi memudahkan mereka sepanjang pengajian Diploma yang mereka ikuti.

Selain daripada pendidikan berkualiti, kemudahan yang selesa serta persekitaran pembelajaran holistik turut disediakan. Ini sekaligus dapat mengasah kemahiran kepimpinan pelajar dari muda. Secara tidak langsung, selaras dengan perancangan jangka panjang negara untuk melahirkan lebih ramai generasi mudanya yang boleh menjadi asset terbaik dan pemimpin negara.

Antara kursus Diploma yang ditawarkan di bawah program INTEC Shared Future adalah seperti berikut.

  • Diploma Pengurusan Perniagaan
Lulus SPM dengan sekurang kurangnya gred C dalam tiga mata pelajaran dan lulus Bahasa Inggeris
  • Diploma Pengurusan Awam Dan Governan
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga mata pelajaran dan lulus Bahasa Inggeris
  • Diploma Perakaunan
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga mata pelajaran termasuk Matematik/Matematik Tambahan dan lulus Bahasa Inggeris
  • Diploma Kewangan Islam
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga mata pelajaran termasuk Matematik/Matematik Tambahan dan lulus Bahasa Inggeris
  • Diploma Amalan Halal Saintifik
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga mata pelajaran termasuk Sains/Kimia/Biologi/Fizik dan Pendidikan Islam/Tasawwur/Al-Quran & As-Sunnah/Syariah/Arab dan lulus Bahasa Inggeris


Apa yang lebih menarik pelajar yang mengikuti Diploma di bawah program INTEC Shared Future perlu mengikuti kursus-kursus tambahan yang akan menjadi nilai tambah kepada pelajar selepas menamatkan pengajian. Antar akursus yang perlu mereka ikuti seperti:-
  • Kursus Pensijilan Kemahiran Digital (ICDL)
  • Kursus Keusahawanan
  • Kursus Bahasa inggeris (i.e., membaca, mendengar, bercakap, penulisan & tatabahasa)
  • Kursus Kepimpinan
  • Kursus Imej, Keterampilan & Personaliti Korporat
  • Kursus Kerjaya
  • Kursus Bimbingan Rohani



Boleh ikuti perkongsian daripada adik Muhammada Daniyal yang meruoakan pelajar dari program INTEC Shared Future yang telah mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan.

Jadi pada sesiapa yang berminat untuk memohon mana-mana program Diploma yang ditawarkan di bawah INTEC Shared Future bolehlah imbas QR Kod dibawah:-


Menerusi program INTEC Shared Future dapat membantu lebih ramai anak muda untuk merealisasikan impian mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Moga dengan kelayakan yang diperolehi satu hari nanti dapat membantu mereka mengubah nasib keluarga dan bersama-sama memajukan negara tercinta.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai progam INTEC Shared Future boleh hubungi 03-86037054 arau e-mel: ainul.razali@intec.edu.my

Laman web: www.intec.edu.my
FB : INTEC Education College
IG : @inteceducollege


6 comments:

  1. wah ini info yang baik bagi mereka ; SPM Leavers terutamanya. Peluang melanjutkan pengajian yang diadakan oleh pihak INTEC ini pasti menjadi top list di kalangan remaja.

    ReplyDelete
  2. Bagus informasi nie untuk yang masih tercari-cari ruang and peluang sambung belajar kan.

    ReplyDelete
  3. INTEC ni option yang bagus bagi mereka yang ingin sambung belajar atau tidak menerima tawaran dari universiti kerajaan. Ilmu sentiasa ada. Tinggal kita nak belakar kan kak. Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang ingin ke menara gading.

    ReplyDelete
  4. Bagus initiative from this program, sangat membantu anak muda yang tak mampu untuk sambung belajar

    ReplyDelete
  5. Ohh wowo....this is really detailed informative for those to upskill ownself to be a better person with more employment chances. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. this is such an amazing initiative to help the younger generation to secure a better and brighter future in Malaysia!

    ReplyDelete

Sharing is caring...