Buffet Ramadhan 2023 : Bazaar Citarasa Serantau di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur


Bertemakan Bazaar Citarasa Serantau. DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur menawarkan lebih 100 sajian, inspirasi daripada hidangan yang biasanya ditawarkan di bazaar-bazaar bukan sahaja di Malaysia bahkan di Asia seperti negara Indonesia dan Thailand.


Apa yang menarik di Makan Kitchen ini juga menawarkan hidangan kegemaran dari masyarakat Cina, Melayu dan juga India. Semuanya menarik dan sedap sememangnya menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.


Sambil berbuka puasa, pengunjung turut dihiburkan bersama dengan penyanyi jemputan yang akan membawakan lagu-lagu klasik, evergreen dan moden. Memang cukup menghiburkan. Saya sendiri yang berada di situ cukup teruja mendengar dendangan lagu Ayam Den Lapeh yang cukup popular satu masa dahulu oleh penyanyi asal Ally Noor dan Mastura.


Terdapat juga 'live station' yang mana chef akan menyediakan/memasak makanan di stesen tersebut. Memang puas hati jika kita dapat menikmati masakan yang masih panas-panas disediakan oleh chef.


Pelbagai hidangan premium yang mencuri perhatian. Antaranya seperti stesen Kambing Golek, Rendang Peha Kambing Bakar with Spices, Udang Harimau Masak Lemak Tempoyak, Charcoal Grilled Seafood Station, Lemang Pulut bersama serunding dan Fresh Tiger Prawn with Oatmeal Cereal Butter.

 
Masakan ketam

Ikan masak stim

Seafood galore











Pelbagai sajian tradisi dan baru yang biasanya kita akan temui di bazaar, boleh kita nikmatinya di sini. Memang puas hati.



Kuih muih tradisi yang memikat selera beraneka, memang rambang mata.


Biskut kegemaran masa kanak-kanak pun ada ya :-)





Jangan lupa untuk mencuba sendiri minuman Teh Tarik Pandan, Taeh Tarik Boba bersama Gula Melaka, Masala Tea, Chai, Kopi Kampung, Calamansi Asam Boi, Milo Ais dan pelbagai lagi.


Terdapat juga ruang permainan untuk kanak-kanak. Jadi ibubapa yang datang membawa anak kecil bolehlah menikmati hidangan dengan tenang jika anak mereka datang bermain di sini.




Ruang makan yang selesa dan luas. Pengunjung boleh pilih hendak menikmati hidangan mereka samada di tempat yang lebih privasi ataupun terbuka.

Harga per pax buffet ramadhan di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur:
RM228 (dewasa)
RM114 (kanak-kanak)
Kanak-kanak bawah 5 tahun makan adalah PERCUMA.

Diskaun 25% bagi pembelian dari 22-27 Mac 2023. Manakala diskaun 10% bagi pembelian 28 Mac - 21 April 2023, esklusif di www.eatdrinkhilton.com

Bazaar Searntau akan bermula dari 22 Mac - 21 April 2023. Untuk tempahan boleh hubungi +0321727272 email : KULDT_FB@hilton.com

Buffet Ramadhan 2023 : Bazaar Citarasa Serantau di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 13, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.