Menyantuni pelawaan ke preview bufeet ramadhan di Shah Alam Convention Centre (SACC) semenangnya tidak saya lepaskan. Ini kerana setiap kali ramadhan saya pasti akan ke sini bagi mencuba sendiri nasi dan kembing kebuli, sajian signature dari Chef Shah Alam Convention Centre (SACC).
Tema buffet Ramadhan Shah Alam Convention Centre (SACC) tahun ini adalah Cita Rasa Muhibbah. Ini adalah sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia yang hidup bersama dengan pencampuran budaya pelbagai kaum etnik sejak beberapa generasi yang lalu.
Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menrik.
Ini termasuklah Kambing Kebuli yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung buffet setiap tahun. Kambing Kebuli adalah kambing golek dengan perapan khas dinikmati bersama Nasi Kebuli dan juga sos-sos yang unik dan sedap.
Hidangan lain yang boleh dicuba seperti:-
Udang Sambal Belado
Ikan Stim Ala Nyonya
Kambing Varuval
Ayam Bakar Bersantan
Daging Bakar Masak lemak, Udang Goreng Telur Asin dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga gerai makanan panas yang menyakikan Mee Kari Nyonya, Apam Lenggang, Gerai Mamak, Aneka Goreng-goreng, Sup Periuk dan banyak lagi.
Gerai mamak
Apam Lenggang
Disediakan juga pelbagai jenis sambal bersama ulaman serta ikan kering. Memang enak dinikmati bersama nasi panas-panas.
Begitu juga dengan kerabu ada kepelbagaian. Ada kerabu mangga, kerabu ikan bilis dan sebagainya.
Bagitu juga dengan kuih muih tradisional memang banyak ditawarkan. Memang seronok jika dinikmati bersama minuman panas seperti teh tarik.
Ada juga minuman sejuk yang lain tetapi air kathira di sini memang sangat sedap ya, korang kena cuba.
Ada juga jualan biskut raya homemade, esklusif dijual pada harga cukup berpatutan. Beli untuk diri sendiri ataupun dijadikan cenderamata buat yang tersayang,
Harga buffet adalah seperti berikut:-
RM98+ (dewasa)
RM58+ (kanak-kanak)
Promosi istimewa pembelian melalui www.sacc.com.my/ramadhan-buffet
RM78+ (6 hari awal selepas pembukaan jualan buffet ramadhan)
RM88+ (pembelian awal di Buffet Ramadhan SACC 2023)
Melalui pembelian awal buffet ramadhan RM88+, setiap pembelian RM1 akan disalurkan kepada program MyFundAction. Di mana MyFUndAction ini sedang mengumpul dana bagi penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-kanak B40 Selangor.
Pakej Korporat turut ditawarkan bermula dengan RM98+ lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, sistem audio dan visual.
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 03-55118858 atau ikuti laman facebook : SACCOfficialNew.
semua pun sedapppp
ReplyDelete