Buffet Ramadhan 2023 : Citarasa Serantau di Double Tree by Hilton Shah Alam i-City


Sajian hidangan premium yang beraneka rasa ditawarkan sepanjang buffet ramadhan tahun 2023 pastinya memberi kepuasan di jiwa. Apatah lagi tema yang diperkenalkan untuk buffet ramadhan pada tahun ini adalah Citarasa Serantau, inspirasi daripada keunikan budaya dan sajian warisan Asia yang cukup digemari masyarakat Malaysia.


Untuk hidangan tertentu yang ditawarkan akan bergilir-gilir berubah setiap minggu bagi memberikan  lebih rasa kepuasan kepada pelanggan untuk mencuba menu-menu baru setiap minggu. Semua chef dan pembantu dapur di Makan Kitchen adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dalam bidang kulinari dan pehotelan. Jadi tidak hairanlah, sajian premium yang dihidangkan didalam buffet ramadhan bertemakan Citarasa Serantau ini. 


Makan Kitchen agak luas dan selesa. Susunan makanan buffet ramadhan disini juga teratur dan mudah untuk pelanggan membuat keputusan apa yang mereka mahu nikmati. Dari bahagian sajian India, Cina dan Melayu semuanya kemas tersusun.

Antara sajian signature yang boleh dicuba seperti Nasi Minyak Berempah, Ayam Goreng Lengkuas, Sotong Sambal Petal, Kepah Kukus Cili Api, Bendi Goreng Belacan dan Kailan Masak Ikan Masin. Dan sebenarnya ada banyak lagi sajian lain yang memang rambang mata untuk kita pilih apabila berada di sini. Antara sebahagian hidangan istimewa yang ada  ditawarkan di Makan Kitchen boleh rujuk pada gambar dibawah:-



















Pilihan kerabu di sini memang cukup banyak. Saya paling suka kerabu mangga. Memang mantap rasanya.

Juadah yang sering kita nikmati ketika di pagi raya seperti ketupat, lemang dan rendang pun ada. Begitu juga dengan sate dan kuah kacang, bolehlah dicuba.


Ulaman dan sambal, mengingatkan kita pada bonda di desa. Ini merupakan penambah selera jika nikmati nasi bersama hidangan utama.


Sajian masyarakat India banyak juga. antara yang menarik minat saya adalah kari kepala ikan salmon, capati dan pelbagai lagi.


Bubur lambuk jika dinikmati pada bulan ramadhan memang cukup istimewa.


Pelbagai jenis dimsum dan pau.


Di Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City juga ada live station seperti Rojak Buah Pak Muaz dan juga Rojak Tonggek. Serius sedap!





Pemanis mulut penutup hidangan yang istimewa, ada kuih-muih tradisi, pastri seperti kek dan pelbagai lagi. Sila cuba carrot cake, antara yang terbaik saya pernah rasa adalah dari Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City.


Ada juga minuman panas dan air didalam balang.


Sepanjang berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan muzik yang dibawakan oleh pihak pengurusan Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City.


Luas dan selesa, pilihan sajian hidangan yang cukup mewah dan banyak. Puas hati dan pastinya jika berkesempatan saya dan suami  akan datang berbuka di sini lagi.

Untuk harga buffet:
RM178 nett (dewasa)
RM89 nett (6-12 tahun)
Bawah 5 tahun (Percuma)

Early Bird:
RM148 (sehingga 21 Mac 2023)

Untuk tempahan kumpulan 15 pax dan ke atas akan diberikan diskaun 15%.

Dibuka dari Sabtu hingga Rabu, bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Dan buffet ramadhan di Makan Kitchen Double Tree by Hilton Shah Alam i-City bermula dari 23 March 2023 hingga 21 April 2023. 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 03-56500200 ataupun email : SZBSA_FB@hilton.com , boleh juga layari www.eatdrinkhilton.com


Jom berbuka di sini memang puas hati :-)

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...