Buffet Ramadhan 2023 : Iftar Terbesar di Malaysia 2023 di MAHA BUFFET

Buffet Ramadhan 2023 : Iftar Terbesar di Malaysia 2023 di MAHA BUFFET- Bayangkan terdapat sajian lebih 200 dihidangkan di buffet ramadhan.  Cukup banyak dan meriah. Yup! Semua ini korang boleh dapatkan di MAHA Buffet by Mak Kimbong x Experiment Kitchen.


Iftar terbesar ini akan diadakan di Dewan C MAEPS Serdang. Dan Acara ini akan bermula 25 March sehingga 21 April 2023 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Kuih muih tradisi dan nachos


Bertemakan Street Food, masakan kampung dan barat, terdapat 20 live cooking menu yang terdiri dari hidangan bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih. Antaranya seperti kepak ayam bakar, daging bakar, tokoyaki dan pelbagai.


Di MAHA BUFFET ini turut menyediakan Kids Food Station istimewa buat kanak-kanak. Semua yang disediakan memang menu yang menjadi kegemaran kanak-kanak.


Bersama tagline “Family Friendly Buffet”,buffet ramadhan terbesar di Malaysia ini bukan sahaja menyediakan pelbagai hidangan hebat bahkan turut disediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga sebelum waktu berbuka. 


Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami serta pelbagai lagi aktiviti menarik. Pengunjung juga pasti tidak bosan menunggu waktu berbuka ataupun ketika menikmati hidangan iftar memandangakan mereka akan ditemani dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid dan perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.



Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Sekaligus memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar. Jadi tidak akan ada masalah untuk mereka yang datang beramai-ramai untuk berbuka puasa.



Malahan MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP serta Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang. Namun ini adalah dikendalikan sendiri dari pihak MAEPS.


Hidangan yang ditawarkan semuanya enak dan hebat. Menekankan dari segi konsep rasa perlulah sedap, cukup rasa dan puas ketika menikmatinya..Paling penting BERSIH, luas dan beri keselesaan. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayangdan sangat teliti penyediaanya. 

Air jagung disini memang terbaik!

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Bayangkan kita boleh dapat semua kemudahan dan manfaat ini :-
✓ 200 jenis menu pelbagai jenis
✓ Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
✓ 2 mega Kids area
✓ Persembahan artis nasyid terkenal
✓ Perkongsian penceramah terkenal tanah air
✓ Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
✓ Parking PERCUMA
✓ Surau yang luas & selesa


RM89.90 SAHAJA (dewasa)
RM49.90  (kanak-kanak/OKU/Warga emas)
PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

So, korang yang nak tahu lebih details atau nak terus tempah online pun boleh, klik je link di bawah ni okay 🥰 

https://mahabuffet.com.my

Meriah, kepelbagaian, sedap dan mesra keluarga. Why not, berbuka di MAHA BUFFET :-)

Buffet Ramadhan 2023 : Iftar Terbesar di Malaysia 2023 di MAHA BUFFET Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 19, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.