Buffet Ramadhan 2023 : Iftar Terbesar di Malaysia 2023 di MAHA BUFFET- Bayangkan terdapat sajian lebih 200 dihidangkan di buffet ramadhan. Cukup banyak dan meriah. Yup! Semua ini korang boleh dapatkan di MAHA Buffet by Mak Kimbong x Experiment Kitchen.
Iftar terbesar ini akan diadakan di Dewan C MAEPS Serdang. Dan Acara ini akan bermula 25 March sehingga 21 April 2023 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Kuih muih tradisi dan nachos
Bertemakan Street Food, masakan kampung dan barat, terdapat 20 live cooking menu yang terdiri dari hidangan bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih. Antaranya seperti kepak ayam bakar, daging bakar, tokoyaki dan pelbagai.
Di MAHA BUFFET ini turut menyediakan Kids Food Station istimewa buat kanak-kanak. Semua yang disediakan memang menu yang menjadi kegemaran kanak-kanak.
Bersama tagline “Family Friendly Buffet”,buffet ramadhan terbesar di Malaysia ini bukan sahaja menyediakan pelbagai hidangan hebat bahkan turut disediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga sebelum waktu berbuka.
Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami serta pelbagai lagi aktiviti menarik. Pengunjung juga pasti tidak bosan menunggu waktu berbuka ataupun ketika menikmati hidangan iftar memandangakan mereka akan ditemani dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid dan perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.
Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar. Jadi tidak akan ada masalah untuk mereka yang datang beramai-ramai untuk berbuka puasa.
Malahan MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP serta Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang. Namun ini adalah dikendalikan sendiri dari pihak MAEPS.
Hidangan yang ditawarkan semuanya enak dan hebat. Menekankan dari segi konsep rasa perlulah sedap, cukup rasa dan puas ketika menikmatinya..Paling penting BERSIH, luas dan beri keselesaan. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayangdan sangat teliti penyediaanya.
Air jagung disini memang terbaik!
Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Bayangkan kita boleh dapat semua kemudahan dan manfaat ini :-
✓ 200 jenis menu pelbagai jenis
✓ Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
✓ 2 mega Kids area
✓ Persembahan artis nasyid terkenal
✓ Perkongsian penceramah terkenal tanah air
✓ Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
✓ Parking PERCUMA
✓ Surau yang luas & selesa
✓ Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
✓ 2 mega Kids area
✓ Persembahan artis nasyid terkenal
✓ Perkongsian penceramah terkenal tanah air
✓ Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
✓ Parking PERCUMA
✓ Surau yang luas & selesa
RM89.90 SAHAJA (dewasa)
RM49.90 (kanak-kanak/OKU/Warga emas)
PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.
So, korang yang nak tahu lebih details atau nak terus tempah online pun boleh, klik je link di bawah ni okay 🥰
https://mahabuffet.com.my
food heaven sungguh :)
ReplyDelete