Dan sekiranya kita mencari-cari kepelbagaian hidangan daripada masakan tempatan mahupun antarabangsa serta dapat menikmatinya di kawasan tanah tinggi yang sejuk dan mendamaikan bolehlah memilih hotel Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.
Bertemakan Bufet Kembara Ramadan, Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands menawarkan variasi hidangan bufet terbaik di tanah tinggi. Pasukan gourmet Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands sekali lagi tampil di bulan ramadhan ini dengan menyajikan hidangan kegemaran yang sentiasa dinantikan pengunjungnya di Restoran Garden Terrace. Di mana pengunjungnya setiap kali bulan ramadhan bukan sahaja dihadiri oleh rakan-rakan korporat bahkan ada yang datang makan bersama keluarga.
Terletak di lokasi yang strategik, Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands sememangnya berada begitu hampir dengan lokasi tarikan pelancong yang cukup terkenal iaitu Genting Highlands Premium Outlet (GPO) dan Kereta Kabel Skyway.
Bertemakan Bufet Kembara Ramadan
Bufet Kembara Ramadan menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang lazat dan hidangan yang ditawarkan juga berbeza setiap hari. Chef Sunny Cho dan pasukannya akan memastikan keaslian rasa dalam setiap hidangan yang dihidangkan sepanjang bulan ramadhan.
Untuk hidangan antara hidangan yang bakal menjadi terikan seperti Kengsom Siakap, Keli Masak Berlado, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Kari Kambing, dan Kambing Golek.
Mereka yang meminati manisan boleh mencuba pelbagai jenis pencuci mulut kampung menggunakan resipi yang telah diwarisi turun-temurun. antaranya seperti Cendol, Aiskrim, Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah, Puding, Jeli, Kurma dan Kuih-kuih Melayu.
Di samping itu, terdapat Sudut Pastri dan juga kepelbagaian buah-buahan bermusim tempatan termasuk Tembikai, Honeydew dan banyak lagi.
RESTORAN TERES TAMAN @ TINGKAT 5
Tarikh : 24 Mac – 21 April 2023
Harga : RM75+ (Dewasa)
RM38+ (Kanak-kanak 6-12 tahun
RM38+ (Kanak-kanak 6-12 tahun
OKU & Goldies (60 tahun dan ke atas)
Nota: Khas Early Bird
Tempah sebelum 23 Mac untuk dapatkan diskaun 10%.
Tempah sebelum 23 Mac untuk dapatkan diskaun 10%.
meriah betul makanannyaaa
ReplyDelete