Kesedaran Masalah Mati Pucuk (Erectile dysfunction-ED) Di Kalangan Masyarakat Malaysia Masih Rendah

A. Menarini Singapore Pte Ltd (Cawangan Malaysia) baru-baru ini menjalankan satu tinjauan dalam talian bagi mendapatkan maklumat tahap pemahaman dan kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah Mati Pucuk (Disfungsi Erektil). ED ditakrifkan sebagai ketidakupayaan secara berterusan lelaki mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar mencukupi bagi memastikan prestasi seksual yang memuaskan. Tinjauan Kesihatan Nasional dan Morbiditi 2019 pula mendapati lelaki Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang aktif secara seksual berkemungkinan berdepan mengalami ED pada tahap ringan sebanyak 47.1%; manakala 31.6% pula berdepan kes ED sederhana dan kritikal.

Kesedaran Mengenai ED Tidak Cukup Untuk Melakukan Perubahan
Berdasarkan tinjauan A. Menarini, seramai 87.9% responden memahami maksud mati pucuk dan dapat mengenalpasti simptom serta penyebab ED. Bagaimanapun, tinjauan turut mendedahkan 41.5% responden memaklumkan mereka enggan berjumpa dengan pengamal perubatan sekiranya mereka menghidap ED. Walaupun dengan tahap kesedaran dan kefahaman yang tinggi berhubung ED, mereka masih ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan professional sekiranya menghidap ED.

 
A. Menarini memberikan keutamaan kepada kesihatan lelaki, justeru kami memahami topik ED adalah sesuatu yang sensitif dan sukar dibincangkan bersama pasangan, orang tersayang atau doktor. Hasil tinjauan dalam talian mendapati walaupun ramai rakyat Malaysia mengetahui tentang ED dan bagaimana ia berlaku, namun masih terdapat ruang perbincangan bagi memahami ED sebenarnya boleh dirawat
kata Amelia Mok, Pengurus Besar, ​A. Menarini Singapore Pte Ltd (Cawangan Malaysia)

Kesan ED terhadap Pesakit dan Orang Tersayang
Keinginan secara semula jadi dan spontan adalah sebahagian daripada elemen yang menggerakkan keinginan hubungan intim dan bagi pesakit ED, justeru masa untuk pesakit mampu mencapai ketegangan diperlukan memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan hubungan intim. 3 Bagi pesakit ED, keadaan spontan dalam hubungan seksual boleh meningkatkan masalah psikologi dan mengurangkan peluang bagi mendapatkan kejayaan hubungan intim. 

Melalui tinjauan ini, 24.5% dan 32.1% responden menyatakan bahawa ED memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka dan kadangkala menyebabkan kekecewaan yang berulang kali, sekaligus menjejaskan kualiti hidup mereka. Dalam situasi yang sama, bagi wanita yang mempunyai pasangan yang menghidap ED, 55.7% responden mendedahkan bahawa keyakinan dan kepuasan peribadi mereka terjejas apabila hubungan intim terganggu akibat ED.


Tinjauan bagi responden lelaki pula memetik antara tiga penyebab utama yang menyukarkan mereka untuk mengekalkan ereksi adalah stres dan kebimbangan (34%), keletihan (32.1%), dan lain-lain sebab peribadi (15.1%). Dari sudut pandangan responden wanita pula, tiga sebab utama pasangan mereka menghidap ED adalah stres dan kebimbangan (71.4%), keletihan (65.7%), dan malu atau kurang keyakinan diri (31.4%). Secara umum, hasil tinjauan mendapati bahawa ED adalah masalah kesihatan yang bukan sahaja mendatangkan penderitaan bukan sahaja terhadap pesakit malahan terhadap orang tersayang.

Langkah Seterusnya: Mendapatkan Bantuan Professional
Sememangnya sukar bagi pengidap ED untuk berkongsi masalah mati pucuk yang mereka hadapi, walaupun begitu tinjauan A. Menarini dapati walaupun responden Malaysia berupaya memulakan perbualan berkongsi masalah kesihatan seksual mereka dengan pasangan, kebanyakannya masih enggan berjumpa pengamal perubatan apabila menghidap ED. 41.5% daripada responden lelaki dan 44.3% daripada responden wanita berupaya berbincang dengan pasangan mereka mengenai masalah kesihatan seksual dan hubungan intim.

Mengambil langkah berani untuk bertemu pengamal perubatan, adalah pembuka jalan bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ED dan orang tersayang untuk memperbaiki kualiti hidup mereka. Ramai rakyat Malaysia yang menyedari akan kewujudan masalah ED namun masih banyak program kesedaran yang perlu dilakukan untuk membantu mereka memahami ED adalah perkara biasa yang boleh dirawat dan pentingnya untuk mendapatkan bantuan professional bagi merawat masalah ED. Responden tinjauan turut mengenalpasti tiga rawatan biasa masalah mati pucuk iaitu; mereka menyebut ubat dan pil (70.1%), terapi hormon testosteron (52.3%), dan perubatan tradisional dan herba (43%).

Bagi kami di A. Menarini, matlamat kami adalah untuk memberi kesedaran tentang kesihatan lelaki, dan bagi masalah mati pucuk, ianya tidak cukup dengan hanya menyedari kewujudan masalah ED itu tetapi juga keperluan kami menyampaikan mesej ED boleh dirawat. Adalah penting untuk mendidik masyarakat tentang kelebihan dan faedah yang diperolehi sekiranya mereka bertemu dengan pengamal perubatan memandangkan ED adalah masalah kesihatan biasa,
kata Amelia. 


Diskusi Bersama 3 Ahli Panel Mengenai ED


Antara ahli panel yang hadir bagi membincangkan isu ini seperti Prof Dato’ Dr Zulkifli Md Zainuddin, Consultant Urologist, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Chan Fun Shin - Registered Counsellor and Sex Therapist dan Jasmine King - Sex Positive Advocate and Founder of Jas Explains.



Menurut Prof Dato' Dr Zulkifli, faktor terpenting yang perlu diberi perhatian adalah masalah diabetes. Sebilangan besar mereka yang bergelut dengan ED mempunyai diabetes. Ubat untuk masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, obesiti, hipertensi, dan testosteron rendah menyumbang kepada masalah ED.

Tidak digalakkan pesakit ED membuat rawatan urutan lelaki yang dipanggil 'Urut Batin'. Adalah penting untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan dan berhenti menjadikan pemikiran ED sebagai topik tabu- ED bukan hanya mengenai ED, ia juga mengenai kesihatan kardiovaskular dan kesihatan umum. Lelaki harus lebih berani mengakui dan mencari bantuan jika mereka tidak sihat.


Kesedaran Masalah Mati Pucuk (Erectile dysfunction-ED) Di Kalangan Masyarakat Malaysia Masih Rendah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 13, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.