Konsert Sifu & Aku 38 Bukti Dua Lagenda Datuk M. Nasir dan Datuk Hattan Masih Berbisa

Dua seniman lagenda yang masih berbisa,  Datuk M. Nasir dan Datuk Hattan akan berkongsi satu platform konsert yang julung bakal diadakan di Sarawak dan Sabah. 


Bukan sekadar sebuah konsert bahkan satu platform yang menempatkan seorang pesohor yang terkenal di satu Nusantara dengan predikat Sifu bersama dengan seorang figura yang integiritinya memang cukup dikenali sebagai penghibur disegani. Kedua ini akan beraksi di dua buah lokasi yang belum lagi mereka sepanggung.


Dua lokasi dan tarikh berbeza, konsert Sifu & Aku 38 akan menghiburkan peminat mereka di luar Semenanjung.
  • Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) - 25 Mei 2023
  • Sabah International Convention Centre - 1 Jun 2023
Tiga dekad dalam karier sebagai penghibur di Malaysia bukanlah satu tempoh masa yang pendek. Apatah lagi bergenerasi masyarakat Malaysia dan Nusantara membesar dengan lagu-lagu nyanyian dua figura yang namanya cukup besar ini.


Antara lagu sang Sifu yang masih menjadi siulan sehingga sekarang seperti Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud dan banyak lagi.

Begitu juga dengan Hattan yang masih berbisa dengan lagu-lagu sentuhan sang Sifu seperti Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu. Yup! Pastinya konsert Sifu & Aku 38 tidak harus dilepaskam.


Konsert ini dianjurkan oleh Westzone Entertainement (M) sdn Bhd dengan kerjasama GC Productions sememangnya punyai kelas tersendiri terutama dari segi aspek teknikal yang melibatkan jalan persembahan, bunyi dan hal yang berkaitan dengan belakang tabir.

Bagi Datuk M. Nasir sendiri;
Mesti ada maksud dan simbolik di sebalik tanggal 38 keraian dan perkataan Sifu dan aku itu sendiri. Jadi saya melihat ia sebagai buah fikiran yang baik, gabungan bersama Hattan, menyapa peminat di luar Semenanjung, menyemarakkan kembali pasaran konsert tempatan, saya menyambutnya dengan senang hati.
Sementara bagi Hattan pula melihat penganjuran Konsert Sifu & Aku 38 adalah sebuah epik didalam dunia seni bagi kariernya dan figura yang dihormati.

Ini juga sekaligus membuktikan banyak mana lambakan penyanyi luar, penghibur tempatan mempunyai ruang esklusif yang tidak pernah terbuang dan dilupakan peminat. Lihat kepada angka 38 tahun pejuangan sahaja sudah menjawab mengapa penghibur sepertikami terus relevan dan 'boleh makan' lagi.
Tiket konsert boleh didapatkan di www.myticket.asia pada harga RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1000 (Cat 1)


1 comment:

  1. otai masih berbisa. haritu konsert dato hattan sold out, tak sempat nak pergi. semoga orang borneo dapat enjoy dengan performance dua sifu nyanyian ni

    ReplyDelete

Sharing is caring...