Lima Sebab Mengapa Fernleaf Malaysia Komited untuk Memenuhi Keperluan Protein Rakyat Malaysia

Dengan segala kemudahan dan teknologi moden yang wujud pada hari ini, pengambilan diet dengan zat makanan yang mencukupi adalah sangat penting untuk membantu tumbesaran dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Walaupun semua nutrien adalah penting untuk tumbesaran, terdapat tiga jenis nutrien untuk tumbesaran yang anda mesti ketahui: karbohidrat, lemak dan protein. Secara umumnya, apabila kita bercakap mengenai protein, ramai yang membayangkan seseorang yang mempunyai otot besar dan sering ke gim untuk bersenam. Walaupun kenyataan tersebut benar secara asasnya, fungsi protein dalam badan kita sebenarnya bukan sahaja untuk membina otot. Protein sebenarnya merupakan komponen penting dalam diet harian, sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak, kerana ia berfungsi sebagai salah satu blok binaan asas sel dalam badan kita.

 

Susu tepung Fernleaf Protein+ ialah salah satu produk terbaharu Fernleaf, yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia, yang bertujuan untuk menyokong keperluan protein rakyat Malaysia. Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (M) Sdn Bhd berkata, “Susu tepung Fernleaf Protein+ merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi. Ianya sesuai untuk seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas. Ia mengandungi tiga jenis protein yang boleh membantu rakyat Malaysia memperolehi sumber protein yang mencukupi untuk tubuh mereka, apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.”

Walaupun kebanyakan orang secara umumnya memahami tentang fungsi asas protein, ramai yang tidak menyedari bahawa pengambilan protein yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan fungsi sel-sel kita. Nutritionist Surainee Wahab telah menjelaskan lima sebab utama mengapa rakyat Malaysia perlu memastikan mereka mengambil protein yang mencukupi setiap hari.

  1. MEMBINA & MEMBAIKI TISU-TISU BADAN – Tulang, otot, kulit, kuku, dan rambut kita terbina daripada protein. Selain daripada membaiki sel-sel yang rosak, pembentukan hormon dan enzim, serta mengangkut oksigen melalui sel darah merah, protein juga membantu badan untuk membina jisim otot, yang menjadikannya makronutrien penting untuk diambil sebagai sumber tenaga bersama-sama dengan jumlah karbohidrat dan lemak yang bersesuaian.
  2. MENYOKONG SISTEM PERTAHANAN BADAN - Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu pemulihan daripada kecederaan. Protein juga membantu menyokong sistem pertahanan badan untuk mencegah jangkitan dan penyakit yang tidak diingini. Kekurangan protein dan malnutrisi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang, seperti pertumbuhan terbantut, kehilangan jisim otot, daya tahan yang lemah serta masalah berkaitan dengan jantung dan paru-paru.
  3. BADAN KITA TIDAK BOLEH MENGHASILKAN ASID AMINO PERLU SECARA SEMULAJADI - Memandangkan badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu, ianya mestilah diambil melalui diet yang mengandungi protein. Asid amino perlu adalah penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi pada tahap optimum.
  4. MENINGKATKAN KEKENYANGAN - Makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu yang diperkaya dengan protein membantu mencapai saranan pengambilan protein yang disyorkan, terutamanya dalam keadaan kurang selera makan, melangkau masa makan, atau sikap memilih makanan. Protein membantu meningkatkan kekenyangan yang seterusnya, membantu orang ramai mengekalkan berat badan yang sihat.
  5. ASAS PEMBINAAN OTOT - Diet berprotein tinggi dapat membantu membina jisim otot. Protein adalah bahan binaan asas untuk otot. Anda boleh meningkatkan hasil pembinaan otot melalui senaman yang sesuai berserta dengan diet berprotein tinggi. Itulah sebabnya protein sering dikaitkan dengan pembina badan, gim, dan bisep besar.

“Susu adalah sumber protein berkualiti tinggi kerana ia mengandungi semua asid amino perlu yang penting untuk membantu badan berfungsi secara optimum. Selalunya, pengambilan susu dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan pengambilan vitamin dan mineral seperti kalsium dan fosforus, yang boleh membantu membina dan mengekalkan tulang dan jisim otot,. Susu juga boleh diperkaya dengan vitamin D, yang membantu dalam penyerapan kalsium,” kata Surainee.

Cheah menjelaskan lagi rasional di sebalik usaha pembangunan dan pelancaran produk baharu Fernleaf Protein+: “Sebagai sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang telah bertapak di Malaysia selama hampir 50 tahun, Fonterra sentiasa memacu usaha-usaha inovasi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan setiap orang dalam keluarga rakyat Malaysia. Kami berhasrat untuk membawa perubahan dalam kehidupan lebih 30 juta rakyat Malaysia dan membantu membina masyarakat yang lebih sihat. Dengan jenama Fernleaf, kami membawa kebaikan tenusu New Zealand kepada isi rumah di Malaysia, menyediakan produk berkhasiat dan mampu milik yang boleh menyumbang kepada diet seimbang.”

Diagram

Description automatically generated



Mulakan hari anda bertenaga. Minumlah segelas susu berkhasiat hari ini! Memperkenalkan susu tepung Fernleaf Protein+ baharu yang dihasilkan dengan kombinasi unik – susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar dan 3 jenis protein (whey, kasein dan soya). Susu tepung Fernleaf Protein+ lazat, berkrim dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas. Setiap gelas Fernleaf Protein+ mengandungi 10g protein, iaitu 90% lebih protein daripada susu tepung biasa*. Ianya diperkaya dengan kalsium, vitamin B2, dan vitamin D, untuk membantu memenuhi keperluan protein dan nutrisi harian anda!

Fernleaf Protein+ boleh didapati dalam 2 pek saiz – 800g (RM31.00) dan 280g (RM11.70). Walaupun kita boleh mendapatkan protein daripada pelbagai makanan, termasuk ikan, ayam dan telur, namun, dengan melengkapkan diet kita dengan minuman kaya protein seperti susu tepung Fernleaf Protein+, ia boleh membantu kita memperolehi kadar protein harian yang diperlukan tanpa memerlukan masa yang banyak menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Dengan harga sekitar RM1.40 segelas, semua orang kini mempunyai pilihan yang berpatutan untuk pengambilan protein harian yang mencukupi dan boleh meraih manfaat daripada diet protein tinggi. Untuk menyediakannya, tambah tiga sudu besar susu tepung Fernleaf Protein+ ke dalam satu gelas (200ml) air suam dan kacau rata. Anda boleh meminumnya secara sedia ada atau dalam bentuk popsicle, smoothie, bar protein atau banyak resipi lain supaya anda boleh menikmatinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Fernleaf Protein+ kini boleh didapati di Shopee (Kedai Rasmi Fernleaf) dan Lazada (Kedai Utama Fernleaf), serta di pasar raya besar dan kedai utama di seluruh negara.

*Merujuk kepada susu tepung Fernleaf Family, setiap 100g


No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...