Hampir 1000 usahawan menyertai Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan produk daripada usahawan tempatan daripada Sabah seperti Ikan Bilis Mata Biru. Mari Beli Lokal juga disertai usahawan selebriti terkenal seperti Lima Waktu, 7zikr, KEKASIH by The Melvins, Aspirasi Jelita Ainina Ahmad B, Girl Republique, SamTilla, Starvendors dan Boenda.
Pelbagai peraduan akan dilaksanakan melalui platform media social sepanjang kempen ini berlangsung. Ia menawarkan hadiah menarik berupa baucar beli belah di MyMall dan dua (2) unit iPad sebagai hadiah utama.
Kempen ini bertujuan memberi sokongan terhadap produk dan perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan, dan secara tidak langsung membantu proses pendigitalan PMKS di Malaysia.
Usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan perniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my atau e-mel ke contact@mymallmalaysia.my.
Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya seperti makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di PlayStore atau AppStore.
Selain menyediakan platform e-dagang tanpa caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...