Pallas Jenama Kasut Sekolah Pilihan Anak- anak Untuk Sesi Persekolahan 2023

Pallas Jenama Kasut Sekolah Pilihan Anak- anak Untuk Sesi Persekolahan 2023- Persekolahan tahun 2023 akan bermula tidak lama lagi. Pastinya di waktu ini para ibubapa akan mula membuat persediaan kelengkapan anak-anak yang akan memulakan persekolahan baru. Antaranya termasuklah membeli kasut sekolah. 

Memilih kasut sekolah yang terbaik dapat memberi keselesaan pada anak-anak yang perlu melakukan pelbagai aktiviti di sekolah sepanjang hari. Kasut sekolah yang berkualiti, ringan dan tahan lasak antara ciri-ciri yang menjadi keutamaan sebelum keputusan pembelian kasut sekolah dilakukan.


Antara jenama yang menjadi pilihan saya dan anak-anak tentulah dari Pallas. Kasut sekolah Pallas meman dipercayai bertahun lamanya. Boleh dikatakan jenama ini agak epik dan saya sendiri dahulu pernah menjadi pengguna kasut Pallas.

Kasut Pallas PX25-022 BK Untuk Yara
Tahun ini merupakan tahun pertama Yara bersekolah. Dan kasut yang menjadi pilihan saya buat Yara adalah Pallas PX25-022 BK. Kasut sekolah Pallas X-Series mampu milik ini didatangkan bersama rekabentuk tali Velcro dengan di bahagian atas diliputi dengan PVC sepenuhnya.


Selain itu dengan adanya lapisan mesh dapat memberi pengudaraan yang sangat baik serta selesa.  Kusyen insole khas dengan "Arch Support" dapat melegakan ketegangan pada otot kaki. Apatah lagi dengan ciri superlight tambahan,"X-Light" memberi lebih keselesaan.


Kasut ini juga tahan lasak memandangkan bahagian tapak adalah berjahit (bukan di gam) menjadikannya lebih tahan lama hayatnya.


Saya memang pilih kasut ini untuk Yara. Ini memandangkan beliau masih kecil dan masih belajar cara untuk menjaga kasut. Jadi pilihan untuk kasut jenis PVC adalah yang paling tepat. Begitu juga dengan talu Velcro yang tidak memerlukan Yara mengikat tali kasut setiap hari.

Sebagai ibu, kerja mencuci kasut di hujung minggu juga menjadi mudah. Hanya lap bahagian PVC dan bersihkan luar dan dalam, kasut  Yara pasti akan kelihatan baru.



Kasut Pallas PX25-023 BK Untuk Ameer


Rebentuk kasut Ameer adalah lebih kurang seperti kasut sekolah Yara. Ini kerana keduanya merupakan dari Pallas X-Series yang didatangkan dengan tali Velcro. Cuma untuk kasut Ameer bukanlah sepenuhnya ditutupi dengan PVC. Kasut agak ringan dan sesuai dengan karektor Ameer yang aktif.


Selain itu dengan kusyen insole khas yang didatangkan bersama dengan "Arch Support" bagus untuk otot kaki anak-anak agar mereka tidak berasa sakit biarpun seharian memakai kasut sekolah ini. Dengan ciri "X-Light", tapak kasut berjahit dan juga tahan lasak menjadikan ramai ibubapa memilih kasut ini untuk anak mereka yang sedang membesar.


Kasut ini juga mempunyai mesh yang memberikan pengudaraan terbaik dan juga  cepat kering. Jadi kalau basuh kasut ini, kita tidaklah perlu menunggu satu hari lamanya bagi memastikan ianya benar-benar kering dan pastinya tiada bau yang kurang menyenangkan.

Kasut Pallas 306-0208 BK Untuk Amani

Tahun ini Amani sudah melangkah ke alam persekolahan menengah. Pemilihan kasut juga sesuai dengan peningkatan usia yang mementingkan gaya. Namun begitu tidak dinafikan faktor keselesaan dan tahan lasak tetap menjadi keutamaan dalam pemilihan kasut sekolah.


Rekabentuk kasut yang cukup minimalis dengan sistem pengudaraan yang unik. Kasut ini di bahagian atas diperbuat bersama mesh yang digabungkan dengan PVC. Mesh ini juga didatangkan bersama fungsi yang dapat mengeringkan kasut dengan pantas.


Terdapat juga kusyen insole khas bersama "Arch Support" yang dapat memberi kelegaan ketegangan pada otot kaki. Oh ya! Kasut Pallas dari siri ini mempunyai kusyen 9, di bahagian tumitnya. Ini dapat memaksimumkan penyerapan hentakan.



Kasut ini juga mempunyai lapisan busa bagi memberi perlindungan serta keselesaan tambahan. Seperti kasut-kasut Pallas yang lain, tapaknya adalah "tapak berjahit" , ini menjadikannya ianya lebih tahan lama dipakai. Untuk siri kasut ini terdapat juga saiz besar ditawarkan iaitu sehingga saiz 13.


Amani sudah mecubanya ternyata beliau cukup gembira. Sesuai dengan jiwanya anak gadis remaja, rekaan menarik, ergonomik yang mampu lebih keselesaan ketika melangkah ke mana sahaja.

Jom Dapatkan Kasut Sekolah Pallas
Nah! Penggal persekolahan baru akan dibuka tidak lama lagi. Jangan lupa untuk dapatkan kasut sekolah jenama Pallas. Memang berbaloi dan puas hati dengan kasut sekolah Pallas apatah lagi dengan rekaannya yang memenuhi citarasa anak-anak, tahan lasak dan praktikal. Sekaligus memberi keselesaan sepanjang hari.

Kasut sekolah Pallas boleh didapatkan daripada kedai kasut, pasaraya dan juga boleh dibeli terus di atas talian https://www.wow2wee.com/

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.pallas.com.my


Pallas Jenama Kasut Sekolah Pilihan Anak- anak Untuk Sesi Persekolahan 2023 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 02, 2023 Rating: 5

7 comments:

  1. my razeen memang pakai kasut brand pallas :)

    ReplyDelete
  2. saya memang suka jenama kasut pallas ni, harga OK dan yang paling penting, berkualiti dan bagus untuk digunakan sepanjang tahun.

    ReplyDelete
  3. banyak juga jenis kasut pallas. teringat pulak time sekolah dulu, jenama pallas antara jenama yang memang akan dibeli :)

    ReplyDelete
  4. Pallas ni memang trusted brand and pilihan parents since dulu2 lagi kan! Nell pun sempat merasa brand ni juga dulu2,, selesa :)

    ReplyDelete
  5. Dulu zaman sekolah sis pun pakai kasut Pallas tapi time tu semua putih jer

    ReplyDelete
  6. Tahun nie pun Rawlins hadiahkan kasut sekolah Pallas kat anak-anak saudara sebab mudah membeli, menang memakai kan.

    ReplyDelete
  7. Ohh wowo....Pallas shoe brand really a reliable one since many years ago, love the new designs for these black school shoes . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.