PKB JALINKAN KERJASAMA DENGAN MERCHANTRADE ASIA SDN. BHD. MENERUSI PLATFORM KOTA BUKU DIGITAL MALAYSIA

Perbadanan Kota Buku (PKB) yang merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’ di platform Kota Buku Digital Malaysia sambil disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia pada hari ini.


Portal Kota Buku Digital Malaysia merupakan sebuah platform perbukuan digital terbesar negara dibangunkan oleh PKB yang mengumpulkan keseluruhan ekosistem industri buku termasuklah penerbitan, penulisan, penterjemahan, jualan, dagangan dan pelbagai aktiviti perbukuan bertujuan memudahkan masyarakat secara amnya dan murid sekolah khususnya bagi mendapatkan akses kepada buku serta variasi bahan bacaan berkualiti dan terkini secara saksama dengan lebih efisien


Menerusi jalinan kerjasama strategik ini, pihak Merchantrade menyatakan komitmen untuk menyediakan kemudahan kewangan dan pembayaran menerusi tawaran pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’ yang turut disertakan dengan Kad Prabayar Visa sebagai pemudahcara pembelian buku secara digital di platform Kota Buku Digital Malaysia. Inisiatif ini juga akan memberi galakan kepada masyarakat amnya dan murid khususnya terhadap transaksi kewangan secara digital serta mewujudkan ekosistem baharu tanpa tunai di peringkat sekolah sejajar dengan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menerajui Dasar Pendidikan Digital.


Penyediaan kemudahan kewangan secara digital melalui pilihan kepada fungsi e-dompet ini juga akan mewujudkan persekitaran pengurusan kewangan yang lebih efisien, telus dan tepat di samping meningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran industri buku. Usaha ini juga akan menghasilkan bank data industri buku yang lebih signifikan dan tepat bagi mengenal pasti corak budaya pembacaan masyakarat Malaysia sekaligus memudahkan pihak Kerajaan dan penggiat industri buku untuk membuat keputusan dan menggubal dasar demi kemajuan industri buku negara.

PKB amat berharap dengan penyediaan pilihan kepada fungsi e-dompet di portal Kota Buku Digital Malaysia ini akan membuka ruang pertimbangan untuk mengembalikan semula pemberian ‘Baucar Buku’ yang boleh ditambah baik pelaksanaannya melalui pemberian ‘e-Baucar Buku’ secara digital kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluaskan kepada murid di sekolah untuk menggalakkan budaya pembacaan ke arah pembinaan masyarakat madani.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mohd Khair bin Ngadiron, Ahli Lembaga Pengarah PKB; Puan Adibah binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB; dan Encik Ramasamy K. Veeran, Pengarah Urusan

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...