AYAM 8 LADA TEXAS CHICKEN KEMBALI BANGKITKAN SELERA RAMADAN DAN RAYA

Untuk jangka masa terhad, Texas Chicken Malaysia mengembalikan menu kegemaran rakyat Malaysia - Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat - atas permintaan tinggi pelanggan setiap tahun sejak gandingan popular ini mula diperkenalkan empat tahun lalu.


Kehangatan Ayam 8 Lada ini pasti menambat rasa dengans alutan unik dan lazat gabungan lapan jenis lada - lada hijauThai, lada merah, lada hitam, jalapeno, chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho. Pilihan hangat untuk yang berani mencuba!

Sempena musim perayaan, Texas Chicken juga memperkenalkan set Sampul Duit Raya dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam. Set sampul Raya ini diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan syarat pembelian yang ditetapkan.

Menurut Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Tham Yue Foon, "Di Texas Chicken Malaysia, kami sentiasa mendengar permintaan pelanggan kerana sokongan mereka penting untuk kami terus berkembang. Memandangkan Ayam 8 Lada merupakan pilihan kegemaran rakyat Malaysia, kami memutuskan untuk mengembalikan tawaran masa terhad inisempena Ramadan dan Hari Raya, selain promosi dan diskaun sedia ada - untuk dinikmati semua. Selain itu, sempena bulan Ramadan yang mulia, kami turut menyumbang kepad a masyarakat dengan membekalkan 1,500 hidangan Texas Chicken yang disediakan segar kepada rumah kebajikan dan masjid / surau terpilih di sekitar restoran kami untuk buka puasa dan moreh.”


Menu Rahmah Texas Chicken
Texas Chicken memperkenalkan kombo Menu Rahmah pada 7 Mac 2023 yang boleh didapati setiap hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang dalam menyahut usaha kerajaan Malaysia menurunkan kos sara hidup dengan menawarkan hidangan lengkap pada harga RM5.

Sempena bulan puasa, Texas Chicken akan menawarkan Menu Rahmah dari 12 tengah hari hingga 8 malam setiap haridi hampir 90 cawangan Texas Chicken seluruh

negara. Di samping itu, dalam kerjasama eksklusif dengan rakan penghantaran makanan, Menu Rahmah juga boleh didapati melalui food panda sepanjang Ramadan.

“Texas Chicken Malaysia adalah jenama untuk pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Kami ingin sentiasa menawarkan pelbagai promosi untuk dinikmati semuasepanjang than. Menerusi tawaran masa terhad Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat ini, serta promosi menu biasa dan platform penjimatan yang lain, kami berusaha untuk mendekati para pelanggan dan memperluas kumpulan peminatTexas Chicken,” jelas Tham.



No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...