GEO RESORT & HOTEL
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Phone: +603-9213 0838
Fax: +603-9213 0828
Email: inquiry@georesort.my
Website: www.georesort.my
Sangat cantik! Ini kerana katil bersebelahan dengan balkoni.
Dilengkapi dengan televisyen, meja, kerusi kulit dan pelbagai lagi. Satu kepuasan bila dapat berehat dan melepaskan lelah dengan bilik tidur yang serba lengkap variasi fasiliti.
Bagitu juga dengan kemudahan menggosok, sterika dan papan menggosok ada disediakan. Jadi kita tidak perlu ke bilik khas untuk menggosok pakaian.
Ada juga peti simpanan bagi mereka yang memerlukan. Ada sesetengah pengunjung memang memerlukan peti simpanan barang bagi mereka menyimpan dokumen/barangan penting.
Ini agak rare! Di Geo Resort & Hotel ada coffee maker didalam bilik. Kelaskan!
Bolehlah kita sediakan kopi sendiri terutama jika mahu menikmatinya di malam hari.
Bilik mandi pula ada bilik kaca pancuran mandian tertutup yang berasingan.
Selain daripada kemudahan set mandian complimentary dari hotel, tuala dan hair dryer semua disediakan. Harga luas juga saiz bilik air ini.
Di waktu awal pagi dan di tengah malam memang kawasan di sini berkabus ya!. Sejuk sangat. Tak perlu buka penyaman udara. Hanya buka sliding door kita sudah merasai kesejukan dari luar.
Saya cukup suka dengan konsep dan rekaan yang diperkenalkan. Ada sentuhan gaya Inggeris dan moden.
Kemudahan Lain di Geo Hotel & Resort
Jika anda bernasib baik, bolehlah bertemu dengan Chef Zack salah seorang chef yang cukup popular di sini. Beliau antara pemenang untuk Cabaran Teh Tarik F&N satu masa dahulu.
Selain daripada hebat membuat tarikan teh tarik. Chef Zack juga mempunyai bakat membuat roti canai terbang. Memang kagum melihat rotii canai yang dilempar ke udara tetapi berjaya di sambut baik oleh chef.
Bukan sahaja saya terpukai dengan aksi Chef Zack ini bahkan teh tarik yang dihasilkan juga sangat sedap ya! Buih-buih, rasa dan aromanya memang sangat padu.
Bersebelahan dengan CABANA terdapatnya kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak.
Berdekatan dengan restoran juga terdapat gym buat tetamu Geo Resort & Hotel. Zaman sekarang ramai yang menjalani gaya hidup aktif yang menjadi bersenam antara rutin hidup setiap hari.
I enjoyed my stay there too. Suka sangat cuaca dingin di sana. Facilities pun lengkap.
ReplyDeleteCantik dan complete amenities ye room dia. Macam nak naik gak, maybe raya nie? Haha
ReplyDeleteA lovely hotel staycation to opt for. Wowo the Chef Zack teh tarik performance so amazing great la. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteGeo ni pertama kali pergi pun dah seronok. Hotel dia deko lawa macam kayangan. Kawasan luar pun best ada kedai runcit. Selesa kat sini.
ReplyDelete