Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;
Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Di Guardian, kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber untuk membeli produk kebersihan, lebih-lebih lagi selepas Covid-19 kerana keutamaan diberikan kepada menyediakan makanan untuk anak-anak mereka.
Inilah sebab tercetusnya Kempen ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’ Guardian yang dilancarkan dengan sasaran untuk menyediakan 20 juta mandianuntuk kanak-kanak kurang bernasib baik, bukan hanya di Malaysia, tetapi di semua negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Ini adalah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat yang merentasi seluruh rantau operasi Guardian.
Dalam pada itu, sukarelawan Guardian juga telah turut serta untuk melukis sebuah mural yang menampilkan Beruang Guardiancares yang menggambarkan kepentingan kebersihan dan amalan mandi di sekolah tersebut.
Guru Besar SK Shah Alam, Puan Hamidah Bt Shamsudin turut merakamkan ucapan terima kasih beliau di atas sumbangan Guardian.
Kami sangat bersyukur di atas sumbangan yang bermakna dan usaha Guardian untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini. Kami juga sangat menghargai usaha Guardian untuk menceriakan lagi sekolah kami dengan lukisan mural yang berwarna-warni. Ia benar-benar memberi semangat kepada para pelajar,
kata Puan Hamidah.
Turut hadir, Dato’ Lawrence Low, Pengerusi dan Pengasas, MyPerintis & School of Life
Malaysia, rakan kongsi NGO Guardian dalam program ini.
Malaysia, rakan kongsi NGO Guardian dalam program ini.
Soren menambah;
Di samping itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak- kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharap agar pelanggan kami dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...