Kieslect Lady Calling Watch Lora, Jam Tangan Pintar Memenuhi Gaya Hidup Wanita Hari Ini

Kieslect Lady Calling Watch Lora, Jam Tangan Pintar Memenuhi Gaya Hidup Wanita Hari Ini- Wanita hari ini memang cukup berani, memilih gaya hidup yang aktif dan bergaya. Setiap masa yang berlaku dalam hidupnya sangat berharga. Rutin yang cukup sibuk namun pada masa yang sama mereka perlukan teman yang dapat mendorong dan membantunya dalam menjalani kehidupannya dengan penuh sistematik dan bergaya. Dan saya telah memilih Kieslect Lady Calling Watch Lora, jam tangan pintar yang memiliki banyak ciri-ciri hebat yang membantu saya menjalani kehidupan setiap hari dengan penuh semangat.


Kieslect Lady Calling Watch Lora bukan sahaja fesyen aksesori bahkan ianya pelengkap gaya dalam semua acara samada kasual, formal mahupun bersukan. Didatangkan dengan 3 warna menarik seperti merah jambu, gold dan ungu. Dan saya telah memilih warna ungu kerana ianya warna lambang kepada keberanian.


Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini bukan sahaja boleh dihubungkan bersama apps Glory Fit (boleh dimuat turun dari Google Play ataupun Apple Store). Bahkan kita boleh menggayakan mengikut kesesuaian acara seperti formal, kasual dan juga riadah (bersukan).

Ketika beriadah

Ketika berpakaian formal

Ketika berpakaian kasual

Jam tangan pintar ini didatangkan dengan Fadeless Aluminum Case, dengan rekabentuk aloi aluminium bukan sahaja tahan lasak bahkan dengan cirinya tak akan pudar menjadikannya ianya aksesori yang cantik dan estetik.



Mudah dan sangat praktikal! Dengan Quick Release Magnetic Strap, senang ketika memakainya dan kita boleh tukar-tukar tali jam mengikut kesukaan dan kesesuaian pakaian. Tampil lebih esklusif apabila dapat dipadankan dengan pakaian yang digayakan. 


Saya juga telah diberikan satu extra tali jam yang berwarna keemasan.  Sangat mudah untuh dipasang dan ditanggalkan. 


Selain dari sifatnya anti-calar. Kieslect Lady Calling Watch Lora juga menawarkan paparan 3D yang cukup luas berwarna-warni (3D Full View Colorful Display). Sekaligus memberikan pandangan yang cukup jelas pada segala maklumat yang dipaparkan di antaramuka jam tangan pintar ini. 


Jadi kita tidak perlulah membelek lama untuk membaca segala apa yang dipaparkan. Bagi saya sendiri cukup teruja melihat pada paparan 3D yang berwarna-warni kerana ianya sangat cantik.


Jika kita berada dalam situasi sibuk seperti sedang memandu. Jika tiba-tiba ada panggilan atau pesanan ringkas masuk (sms), kita boleh mengangkat panggilan tersebut dalam apa jua keadaan. Ini kerana Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan bersama sambungan Bluetooth 5.2 yang cukup stabil.  Kita pasti akan dapat mendengar deringan panggilan dan pada masa yang sama hanya tekan di skrin 'pick up calls.' Kita boleh terus boleh berkomunikasi dengan si pemanggil.


Disebabkan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil juga membolehkan kita mendengar dan melayan muzik dari playlist dari telefon bimbit. Ini kerana dengan ciri-ciri  High Definition Music Playlist on Wrist membolehkan kita mendengar muzik dari pergelangan tangan samada ketika sedang berjogging, membaca buku, memandu dan melakukan apa sahaja aktiviti.


Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga sangat menyokong gaya hidup aktif. Ini terbukti dengan adanya 70 mod sukan yang boleh dipilih dan kita boleh dapatkan  bacaan kalori dan kiraan langkah dengan setiap aktiviti yang dilakukan.


Dalam mengejar waktu kesibukan setiap hari. Kita juga perlu monitor tahap kesihatan diri. Mujurlah Kieslect Lady Calling Watch Lora, kita boleh mengetahui SpO2, berapa degupan jantung serta pemantauan tidur samada mencukupi ataupun tidak. Untuk info SpO2 merupakan ukuran jumlah oksigen yang dibawa oleh darah anda dengan menunjukkan berapa peratusan maksimum. Bagi individu yang sihat, SpO2 biasa adalah diantara 96% hingga 99%.


Istimewa buat wanita, Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan dengan Female Menstrual Reminder yang boleh mengingatkan anda tentang hari-hari istimewa setiap bulan bagi membolehkan anda lebih bersedia menghadapi hari menstrual.


Untuk menjadikan jam tangan pintar ini lebih mendapat sentuhan peribadi. Anda boleh menukarkan wajah skrin jam anda dengan foto yang anda gemari. Ianya lebih memberi nilai-nilai sentimental kerana anda merupakan pemilik jam tersebut.


Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik, antaranya seperti bulit in games, kalkulator, camera control, weather forecast, alarms, drinking reminder dan pelbagai lagi. Dengan harga yang ditawarkan cukup berpatutan kita dapat pelbagai fungsi yang cukup menarik. Memang sangat berbaloi!


Oh ya, Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan bersama 2-in-1 Core calling chip yang merupakan cip terhebat yang berada tempat ketiga  di dunia selepas jenama Apple dan Samsung. Dengan cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah berbanding cip dwi,yang sangat menjimatkan terutama hayat bateri. Bersama Kieslect Lady Calling Watch Lora kita boleh merasai pengalaman panggilan jam tangan pintar yang pantas, stabil dan cekap tenaga.

Serba Ringkas Tentang Kieslect
Kieslect, jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Sehingga kini jenama Kieslect telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wayarless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan. Tidak hairanlah semua produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.

Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya  dengan pelbagai fungsi. Kieslect sentiasa memberi penekanan kepada  kualiti, utiliti serta reka bentuk  dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.

Jom Dapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora
Ada berita baik untuk semua. Bagi pembeli Kieslect LORA, korang boleh dapatkan diskaun RM5
dengan masukkan kod : KIESLORA 
Siapa cepat dia dapat ya ❤️


Untuk pembelian boleh layari;
Kieslect Official Platform Jualan:
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os

Kieslect Official Platform Media Sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia

*Untuk jaminan dan kepuasan pelanggan , KIESLECT menawarkan  jaminan gantian selama setahun. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit yang serba baharu. Walau bagaimanapun, ianya bergantung sekirang  produk tersebut rosak kerana kesilapan pengguna maka KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya

Saya dan Kieslect Lady Calling Watch Lora

P/S : Serius, best jam tangan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini. Padanan jam tangan pintar dan apps sangat membantu saya untuk menjadi lebih sistematik dan pada masa yang sama saya boleh bergaya dengan aksesori jam pintar yang cukup astetik ini :-)

#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness

8 comments:

  1. memang banyak fungsi yang disediakan, membantu sangat untuk urusan seharian kita. personal or professional, kedua-duanya terjaga

    ReplyDelete
  2. Bagus jam kesihatan ni. Pakai harian memang seronok sebab notifikasi dan warna jam yang lebih menarik. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Banyaknya fungsi menarik dalam smartwatch ni. Sesuai untuk semua, terutamanya mereka yang bergaya hidup aktif. Warna ungu ni cantik!

    ReplyDelete
  4. So nice the watch design, love it, also love the many functionality as well as matching to almost all OOTDs. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  5. Menarik nie. Boleh belikan for my nephews and nieces as their birthday presents. Suka tengok design dia, nampak chic!

    ReplyDelete
  6. I like this design too, suitable for all day wearing and so many functions

    ReplyDelete
  7. Wahh! Nampak gayanya Nell pun kena check out this KieSelect la... menarik ye jam ni,, and sangat mampu milik kan!

    ReplyDelete
  8. Cantik betul jam ni! Fungsi pun memang ada macam2, memang sesuailah untuk wanita yang aktif macam kak ayu. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...