Percutian Singkat di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands
Percutian Singkat di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands- Percutian singkat satu malam di tanah tinggi Genting Highlands memang saya tidak akan lepaskan. Apatah lagi ini merupakan staycation saya yang pertama selepas hampir 2 tahun berada didalam tenpoh PKP. Yup! Saya dan suami telah memilih Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands.
Lobi hotel cukup bersih dan kemas. Bersebelahan dengan lobi terdapatnya Pusat SPA urutan badan dan kaki. Sempat juga saya mendapatkan perkhidmatan urutan badan dan kaki di sini untuk hilangkan rasa ketegangan otot, Selepas diurut memang rasa selesa sangat!
Bilik Deluxe yang berkeluasan 362 kaki persegi ini agak luas. Mungkin kena dengan gaya susun atur perabot didalamnya menjadikannya ianya kemas dan selesa. Tambahan pula dengan menggunakan rona warna coklat dan putih pada cat dinding perabot dan kemasan lantai menjadikan penampilan bilik ini lebih esklusif.
Terdapat meja kerja dan sofa malas di tepi tingkat di satu sudut dalam bilik memberi peluang kepada pengunjung untuk berehat santai dan pada masa yang sama boleh menyiapkan segala urusan kerja.
Bilik Deluxe ini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, mini bar, peti simpanan, cerek, telefon, pengering rambut dan tuala. Kiranya lengkap dengan segala keperluan untuk kita datang bercuti hatta hanya untuk berehat didalaam bilik sahaja tidak ke mana-mana.
Disebabkan hanya semalaman sahaja. Saya tidaklah dapat menggunakan sepenuhnya fasiliti yang diadakan di sini. Kebetulan ada tugasan lain yang perlu disiapkan dengan segera. Namun begitu, saya tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sekitar hotel bagi melihat sendiri fasiliti yang ada disediakan di sini.
Tertarik dengan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands. Kerusi khas untuk mereka yang mempunyai masalah menaiki tangga. Saya temui ketika hendak menuju ke kolam mandi hotel.
Kolam renang hotel ini berada di aras 41. Terdapat kolem untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Cantik sangat di kawasan ini. Selain daripada pelbagai fasiliti yang disediakan, kita dapat melihat sendiri panorama gunung ganang yang menghijau serta awan membiru.
Antara tarikan lain di sini tentulah Ceremonial Alcove. Seperti ruang didalam rumah berbentuk 3 segi yang dikelilingi dengan kaca. Manakala di aras 42 disediakan fasiliti seperti gimnasium dan dewan komuniti.
Kemudahan parkir juga banyak. Ada in-house restoran The Garden Terrace yang menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Makanan yang disediakan oleh chef terbaik memang memberi kepuasan. Bersebelahan di restoran ada taman dengan laluan yang sangat cantik. Kita boleh lihat sendiri keindahan kawasan Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands di sini.
WINDMILL UPON HILLS, GENTING PERMAI,
69000 GENTING HIGHLANDS,
PAHANG DARUL MAKMUR.
TELEFON: +603 9213 0777
EMEL: reservation@shrgh.swissgarden.com
LAMAN SESAWANG RASMI
https://www.swissgarden.com/residences-genting
LAMAN FACEBOOK RASMI
https://www.facebook.com/SwissGardenGentingHighlands
LAMAN INSTAGRAM RASMI
https://www.instagram.com/swissgardengentinghighlands
Percutian Singkat di Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 02, 2023
Rating:
Saya suka hotel ni juga. Banyak kemudahan dan kelengkapan, sesuai untuk seisi keluarga.
ReplyDeleteWah best! Feel like going to Genting next weekend for a short staycation.
ReplyDeleteSo so spacious this hotel for a family staycation especially, I'm looking forward to my next hotel staycation juga. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDelete