Dan untuk tahun 2023 akan dimulakan dengan HAVOC 10.0 iaitu Havoc Street Food Festival 2023 yang akan berlangsung bermula dari 1 hingga 5 Jun di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Festival yang sarat dengan pelbagai aktiviti ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang festival adalah seperti Program Ilmu 'Allah Tak Pernah Benci Kita' yang akan berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam di Dataran Serambi Teruntum Kuantan. Acara ini adakan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator dan dilengkap dengan PU Amin dan Da'l Izhar selaku panel.
Terdapat banyak vendor makanan yang menyertai, termasuklah selebiriti tanahair yang turut sama memeriahkan acara HAVOC.
Akan diadakanj uga Cabutan Xtravaganza dengan menawarkan Hadiah Utama iaitu sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z dan hadiah-hadiah yang lain.
Akan diadakanj uga Cabutan Xtravaganza dengan menawarkan Hadiah Utama iaitu sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z dan hadiah-hadiah yang lain.
Kenali HAVOC
Havoc Event & Mangement Sdn Bhd (HAVOC) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2019 dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumputera, Untuk info, HAVOC merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen & kecantikan.
Jenama HAVOC lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Bermulanya dari awal HAVOC 1.0, pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC in sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.
Visi kami adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman yang dapat membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat membantu menaikkan sektor pelancongan di Malaysia,
Faizul bin Mohd Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.
Pada tahun 2020 telah diperkenalkan Havoc Food Festival bersama Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu "Year Visit Malaysia". Program ini telah mendapat sambutan yang cukup padu iaitu seramai seratus ribu (100,000) orang hadir pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.
Manakala pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini. Festival ini telah mencipta sejarah dimana telah menerima kunjungan dari 150,000 pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 telah mula memperkenalkan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan,
Penaja HAVOC 2023Pada tahun 2020 telah diperkenalkan Havoc Food Festival bersama Tourism Malaysia dalam mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu "Year Visit Malaysia". Program ini telah mendapat sambutan yang cukup padu iaitu seramai seratus ribu (100,000) orang hadir pada jelajah Havoc 2.0 di Kuantan Pahang.
Manakala pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini. Festival ini telah mencipta sejarah dimana telah menerima kunjungan dari 150,000 pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 telah mula memperkenalkan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan,
ADE AZHAR TRADING selaku pembekal ilmiah islamik telah berbesar hati meniadi penaja utama bagi program di HAVOC. Seperti yang kita maklum, ADE AZHAR TRADING SDN BHD (AATSB) merupakan sebuah syarikat yang mengedarkan bahan ilmiah premium dan eksklusif khususnya di sekolah dalam Malaysia di mana produk- produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil AATSB sahaja.
AATSB juga mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Ubi Sake, Sambal Goreng Crunchy dan Quran Edisi Raudhah.
nama pun havoc ;) sesuai dgn tema gitew
ReplyDelete