Dikalangan ahli keluarga suami saya memang ada penyakit asma. Cakna tentang bahayanya penyakit asma ini, saya memang teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini serta rawatan yang boleh dilakukan jika berada di mana sahaja.
Info Tentang Penyakit Asma dan Kemoen “Breathe Better”
Di Malaysia, asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Bayangkan beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.Kawal Asma Anda
Bertemakan "Kawal Asma Anda," kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.
Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata,
Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkandiagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.
Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi wargaprofesional dan individu yang mengidap asma untuk turut samaberkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untukmenambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di MalaysiaStatistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengankira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.
Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.
Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul.
Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas.
Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedutdan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.
Aktiviti Menarik Disediakan Bersempena Dengan Kempen “Breath Better”
Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahamidan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini.
Aktiviti Menarik Disediakan Bersempena Dengan Kempen “Breath Better”
Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahamidan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini.
Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda.
Anak saya Yara sempat menyertai peraduan mewarna yang dianjurkan. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang tempat tetapi Yara tetap seronok dapat beraktiviti bersama peserta yang lain.
Jom Belajar Mengurus Penyakit Asma
Asma merupakan sejenis penyakit kronik, diharapkan melalui penganjuran kempen ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalanikehidupan yang sihat.
Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 masih berlangsung dan orang ramai dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttps://qr.epmarketing.digital/wad2023
Mengenai Breathe Better
Kempen Bernafas Lebih Baik meningkatkan kesedaran tentang menguruskan asma secara berkesan bagi mencegah komplikasidan meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Mesej utamanya, "Kawal Asma Anda," menekankan setiap pesakit harus mengawalasma dan mengetahui pilihan rawatan terbaik untuk mereka.
Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 masih berlangsung dan orang ramai dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttps://qr.epmarketing.digital/wad2023
Mengenai Breathe Better
Kempen Bernafas Lebih Baik meningkatkan kesedaran tentang menguruskan asma secara berkesan bagi mencegah komplikasidan meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Mesej utamanya, "Kawal Asma Anda," menekankan setiap pesakit harus mengawalasma dan mengetahui pilihan rawatan terbaik untuk mereka.
Suatu inisiatif yang sangat baik untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang penyakit asma dan cara-cara menangani masalah ini.
ReplyDeleteAbsolutely a good event hosted to bring good awareness to all about Asthmabin conjunction with World Asthma Day, thanks for sharing more about Asthma here. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDelete