Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.
Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik
Lokasi Loud Speaker cawangan ke-13 ini begitu strategik, selain daripada terletak di pusat bandar KL, ianya juga mempunyai akses LRT iaitu stesen Jelatek. Memang tidak masalah untuk datang berkaraoke di sini.
Terdapat banyak kemudahan dan fasiliti disediakan. Dengan dekorasi yang cukup cantik, bertemakan futuristik serta kesan pencahayaan dan muzik turut dipertingkatkan serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.
Ditawarkan 47 jenis bilik dengan pelbagai saiz. Antara bilik karaoke yang ditawarkan di Loud Speaker Datum Jelatek adalah seperti berikut:-
- Small (4-6 orang)
- Medium (7 – 9 orang)
- Large (10 – 12 orang)
- VIP (14 – 17 orang)
- VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang)
- 6 bilik Mini Studio (1-2 orang)
Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.
Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.
Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara.
Manakala Studio Mini sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, seumpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.
Rumah Terbuka Loud Speaker
Bagi memperkenalkan cawangan ke 13 ini, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel. Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.
Artis yang dijemput turut membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu yang diraikan. Memang meriah! Apatah lagi buffet ramadhan menawarkan dengan pelbagai juadah. Terdapat juga sesi cabutan bertuah yang menawarkan begitu banyak hadiah menarik.
Saya dan rakan-rakan blogger yang lain turut bersama merasai keseronokan berkaraoke di Loud Speaker Jelatek Datum. Serius, best!
Sumbangan Kepada NASOM
Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai
RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen
#JomSingOutLoud. Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.
Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai
RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen
#JomSingOutLoud. Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.
Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.
Promosi Bersempena Pembukaan
Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.
Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.
Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi!
Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.
Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088
Alamat:
L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Alamat:
L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown)
11 pagi – 3 pagi (Johor)
Pihak pengurusan juga mempunyai misi untuk membuka cawangan Loud Speaker di 30 lokasi lagi menjelang akhir 2024 melalui penganalan skim francais yang terancang.
Jom karoks di Loud Speaker Datum Jelatek :-)
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...