Majlis Kesyukuran dan Akikah Cahayamata Keenam Dato' Aliff Syukri dan Datin Shahida

Dato' Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mengadakan kenduri kesyukuran dan akikah diatas kelahiran cahayamata keenam, Luqman Al-Haqeem. Jika dilihat nama Luqman Al-Haqeem membawa maksud bijaksana, jalan yang jelas. Nama yang memberikan perngertian cukup baik dan indah ini telah dicadangkan oleh Bonda Rozita ibunda Dato' Aliff .


Majlis yang diadakan cukup meriah apatah lagi Dato' Aliff dan isteri turut mengadakan majlis sambutan aidilfitri di rumahnya. Pelbagai juadah enak yang disediakan untuk dijamu buat tetamu yang hadir, antaranya seperti kambing bakar, sate, ikan patin masak tempoyak, daging salai masak cili api,sambal udang bersama petai, sambal belacan, ayam goreng dan pelbagai lagi.


Untuk info, Dato' Aliff dan Datin Shahidan sebelum ini telah dikurniakan lima cahayamata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Dan kini kehadiran Luqman Al-Haqeem menjadikan keluarga ini bertambah meriah.


Ditanya tentang perancangan kemungkinan untuk menambah lagi ahli keluarga pada masa hadapan. Pasangan ini berhasrat cukuplah hanya enam sahaja cahayamata. Ini kerana mereka mahu memberi lebih banyak tumpuan dan perhatian dalam membesarkan anak yang sedia ada. Namun begitu tidak akan menolak jika ada rezeki anak lagi.

Jatuh bangun dalam perniagaan sememangnya tidak boleh dielakkan untuk berjaya. Melihat legasi perniagaan yang telah dibina sememangnya, kita semua akan berasa kagum dengan kesungguhan Dato' Aliff. Walaubagaimanapun, menurut Dato' Aliff  jika dilihat pada karektor dan minat anak-anaknya. Hanya Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham sahaja yang berminat dalam berniaga. Bagi pasangan ini, mereka tidak akan pernah memaksa anak untuk menceburi bidang perniagaan tetapi lebih terbuka untuk anak-anak memilih kerjaya yang mereka minat. Asalkan menjadi orang yang berguna dan berjaya dunia serta akhirat.

Biarpun nama Dato' Aliff sering dikaitkan dengan kontroversi ianya tidak langsung memberi kesan terhadap anak-anak. Ini kerana anak pasangan hebat ini tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. Mereka membesar dengan baik, dikelilingi kenalan yang hebat dan sentiasa positif. 

Sentiasa didik anak untuk hidup bersederhana biarpun mereka mampu menyediakan semuanya. Seperti yang dikongsikan oleh Datin Shahida, jika anak ingin dapatkan sesuatu seperti wang RM50 mereka perlu lakukan sesuatu seperti menjual kerepek dan sebagainya.  Bukan tidak boleh diberikan tetapi inilah cara beliau didik anak untuk dapatkan sesuatu kita perlu usaha terlebih dulu.


Kagum dengan pasangan figura ini. Biarpun sudah boleh dianggap tycoon dalam dunia perniagaan namun dalam didikan dan membesar anak-anak tetap sederhana serta mahukan yang terbaik demi masa depan mereka.

Majlis Kesyukuran dan Akikah Cahayamata Keenam Dato' Aliff Syukri dan Datin Shahida Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 28, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.