Nikmati Hidangan Autentik di Kedai Kopi di Choon Guan Hainan Coffee Shop 1956

Peminat kopitiam seperti saya pasti teruja apabila dapat menikmati hidangan epik di kedai kopi seperti roti bakar dan secangkir kopi panas. Lebih menarik kedai kopi ini telah diusahakan bertahun lama sejak tahun 1956 dengan memperkenalkan resepi keluarga masakan hainan.


Kedai kopi yang diusahakan keluarga bertahun lama ini, Choon Guan Hainan Coffee House 1956 terletak di Klang dibuka setiap hari kecuali hari Selasa (tutup) dari jam 6 pagi sehingga 4 petang. Untuk info, Choon Guan bermaksud Spring Garden tidak hairanlah di sekeliling restoran terdapat banyak pokok-pokok bunga.


Suasana seperti kedai kopi lama, bersih dan agak luas. Boleh memuatkan sehingga 170 pax untuk satu-satu masa.  Ianya dibuka seawal 6 pagi jadi memberi peluang untuk masyarakat setempat singgah menikmati sarapan pagi sebelum keluar dengan urusan harian kerja mereka.


Bahan-bahan masakan dan hidangan di Choon Guaan Hainan Coffee Shop 1956 ini semuanya halal, ada jaminan boleh kita lihat dengan adanya pengiktirafan sijil halal di dinding premis kedai.



Oh ya! Choon Guan juga mempunyai produk kopi segera mereka sendiri yang secara esklusifnya kita boleh dapatkan dari sini.

Ada banyak sebenarnya pilihan makanan dan minuman di sini. Antara yang menjadi pilihan saya dan keluarga seperti menu di bawah.


Minuman kopi dan teh di sini antara tarikan utama. Saya difahamkan biji kopi digoreng terlebih dahulu sebelum dihasilkan minuman. Itu adalah antara rahsia keenakan dari rasa dan juga aroma kopi yang cukup memikat.
 

Kopi panas yang cukup memikat jiwa. Dinikmati bersama roti bakar, kaya dan mentega. Memang cukup padu rasanya.


Tidak mahu panas, bolehlah mencuba minuman kopi sejuk. Cukup melegakan tekak terutama ketika cuaca panas.


Bagi saya sendiri, paling win tentutalah teh C, minuman teh ais antara yang sedap pernah saya cuba. Saya cukup sukakan foam agak tinggi, kena dengan rasa susu dan teh yang cukup sekata.


Nasi ayam Hainan. Uniknya didatangkan dalam bentuk seperti rice ball. Nasi ayamnya menggunakan beras wangi, teksturnya memang sangat lembut dan sedap. Manakala ayam hainan menggunakan ayam kampung. Direneh cukup lama, tidak hairanlah isi memang lembut dan tiada tulang. Saya difahamkan nasi ayam Hainan biasanya akan habis pada waktu makan tengahari. Ini kerana terdapatnya banyak permintaan daripada pelanggan


Nasi lemak memang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Tidak kira sarapan, tengahari mahupun malam, nasi lemak memang sentiasa menjadi pilihan.


Di Choon Guan Hainan Coffee Shop 1956 ada menawarkan nasi lemak ayam berempah dan juga nasi ayam rendang ayam. Kedua-dua nasi lemak ini memang sedap.


Nasi goreng istimewa ini sangat sesuai terutama buat anak-anak. Cukup rasa tidak terlalu pedas. 


Chicken Chop Hainan. Agak unik kerana ianya dinikmati bersama kuah/sos hainan.


Di Choon Guan Hainan Coffee Shop 1956 menawarkan roti polo bun, roti berjirin dan juga roti bakar, 


Hidangan seperti roti bakar merupakan menu autentik yang wajib ada di setiap kedai kopi.Tambah pula dinikmati secara panas-panas bersama kaya dan mentega, dipadu bersama telur separuh masak.


Puding kastard penutup sarapan yang cukup sempurna. Lembut sangat, ada rasa percikan kopi sedikit. Saya suka sebab tidka terlalu manis.


Antara hidangan yang sempat saya dan keluarga nikmati di Choon Guan Hainan Coffee Shop 1956. Meriahkan!


Kedai kopi 1 Malaysia, cukup muhibbah dengan pelbagai hidangan citarasa masyarakat tempatan. Samada datang sendirian, mahupun berteman bersama ahli keluarga dan rakan.


Saya dengan Encik David, pemilik dari generasi Choon Guan Hainan Coffee House 1956. Seorang yang sangat ramah dan mesra. Tidak hairanlah beliau cukup dikenali dikalangan pelanggan tetap kedainya,
  
Samada nikmati hidangan di sini ataupun boleh tapau dibawa pulang. Hidangan di Choon Guan Hainan Coffee House 1956 juga boleh ditempat melalui Grab dan Food Panda.

Jom ke Choon Guan Hainan Coffee House 1956 Klang!

2 comments:

  1. Biasa nya weekend i akan bawa family brunch so this classic coffee house will be my next one.

    ReplyDelete
  2. yg penting ada tanda halal, esp kalau nama2 gini kan...memang besh jer santai2 minum2 etc

    ReplyDelete

Sharing is caring...