5000 Patchure PERCUMA Dari Tasneem Naturel

Risau anak demam, selesema dan mula meragam. Hah! Selain daripada memberikan ubat demam yang disyorkan oleh doktor. Korang boleh juga letakkan patchure dari Tasneem Naturel. Untuk info semua, jenama Tasneem Naturel ini memang sangat konsisten dalam menghasilkan produk yang terbaik dan selamat untuk penggunaan kanak-kanak.


Formulasinya dari bahan-bahan semulajadi, remedi terbaik dalam membantu anak-anak untuk kekal sihat dan ceria. Bayangkan selebriti popular Neelofa juga guna patchure untuk anak lelakinya Bilal. Sepertimana kita kenali Neelofa, beliau adalah seorang yang akan membuat kajian lebih mendalam sebelum menjadi pengguna. 


Jadi bila lihat Neelofa review, kita yakin produk yang disyorkan memang bagus. Pembungkusan juga sangat comel dengan warna-warna yang memang sesuai dengan karektor anak-anak - manja dan aktif.

Ada 2 jenis patchure yang diperkenalkan oleh Tasneem Naturel iaitu 
  • CF Patch 
  • Sleep Tight Patch.



Patch juga didatangkan dalam bentuk yang sangat praktikal. Ianya tidak mempunyai bau yang terlalu kuat seperti aroma herba ataupun yang boleh menjadi tidak menyenangkan anak-anak. Tasneem Naturel Patchure ini juga tidak meruap sehingga menyebabkan persektairan juga berbau dengan dari patch yang digunakan.

Nak gunakan juga sangat mudah. Tiada gam yang boleh menyakitkan atau meninggalkan kesan pada badan. Tapi pastikan anak anda juga tidak mempunyai masalah alergik kulit ya!


Boleh rujuk pada poster di atas untuk membuat pengujian pada kulit sekiranya adalah masalah kulit sensitif.


Tapi jangan risau produk-produk dari Tasneem Naturel biasanya telah diuji secara klinikal dan ianya selamat penggunaannya pada kanak-kanak. bebas toksin, lulus FDA  dan rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi. Setiap patchure ini mempunyai manfaat yang berbeza. Samada korang dapatkan salah satu atau kedua-duanya.

Seperti saya yang mempunyai anak kecil perlulah ada CF Patch dan juga Sleep Tight Patch. Sokongan dalam membantu saya dalam menguruskan anak-anak jika mereka jatuh sakit dan menyokong perkembangan mereka membesar.

Antara kelebihan patchure ini adalah seperti berikut:-

✅ Cf Patch 
CF-Patch ini mengandungi bahan-bahan seperti Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb. Rumusan ini dipercayai dapat membantu untuk turunkan suhu panas tekak yang menjadi asbab kepada batuk. Begitu juga dengan Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root membantu tekak menjadi lebih selesa dan kurangkan kahak.

Selain itu terdapat juga bahan lain seperti Heartlef Houttuynia Herb sebagai penyahtoksin dalam badan
Pepperweed serta Apricot Seed bagi melancarkan dan melegakan paru-paru.

Manfaat CF Patch: 
Membantu masalah batuk selesema, melegakan masalah tekak dan hidung berair. Ini adalah penyakit yang biasa dihadapi anak-anak. Terutama anak yang masih kecil, tidak tahu bagaimana nak luahkan rasa tidak selesa pada ibubapanya. 


Dengan manfaat yang disertakan dalam CF Patch sekurang-kurangnya dapat melegakan anak. Tidaklah hidung berhingus berterusan. Ianya adalah sokongan kepada ubatan yang diambil dari klinik.

✅ Sleep Tight Patch 
Kebaikan Thinleaf Milkwort dan juga Silk Tree Albizia Bark boleh meningkatkan kualiti tidur dan memori. Ianya juga dikatakan dapat bertindak sebagai anti-depresi. Begitu juga dengan Amber dan Raw Dragon Tooth yang boleh menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Formulasi lain seperti Spine Date Seed dan Caulis Polygoni Multiflori bagi mengurangkan angin dalam badan. Fungsi antipiretik Angelica Dahurica dan Lotus Plumule yang mempunyai boleh membantu untuk kurangkan demam serta  meredakan sakit-sakit badan.

Manfaat Sleep Tight Patch:
Buat ibubapa yang mempunyai anak sukar tidur. Ataupun anak yang setiap hari tidak mendapat tidur yang berkualiti. Bolehlah mencuba Sleep Tight Patch. Ini kerana ianya membantu memudahkan anak lena (tidur berkualiti). Produk ini juga bagus untuk anak-anak yang mengalami masalah insomia.


Oh ya! Patch ini sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak sehingga dewasa. Jadi kalau korang beli dan letak di rumah, ianya boleh digunakan seisi keluarga.

 Dan ada satu berita baik yang saya nak kongsikan. Sekarang ini pihak Tasneem Naturel nak berikan 5000 patch secara PERCUMA. Korang cepatlah grab! Boleh cuba dan lihat keberkesanannya.

Tebus dari link di bawah:- https://www.tasneemnaturel.com/patchure/

Saya sendiri akan dapatkannya. Memandangkan Neelofa dah jadi pengguna, kita takkan tak nak cuba :)

#tasneemnaturel #tasneemnaturelhq #patchbatuk #patchtidur
5000 Patchure PERCUMA Dari Tasneem Naturel Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 20, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.