Bang Pi Lekor Chips Sedap Dooh!
Bang Pi Lekor Chips Sedap Dooh!- Keropok lekor merupakan jajan kudapan yang cukup memberi nostalgia dan digemari semua lapisan umur. Tidak kira usia, bangsa mahupun agama, keropok lekor sentiasa menjadi pilihan hati. Apatah lagi sekarang ada ditawarkan dalam bentuk keropok yang siap digoreng boleh dinikmati di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Pernah tak korang rasai keenakan Bang Pi Lekor Chips, jajan kudapan yang diperkenalkan oleh anak muda yang jiwanya cukup besar iaitu Hanafi Rosdi. Menurut Encik Hanafi beliau memulakan perniagaannya pada tahun 2020. Pada ketika itu seluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri mengalami serangan dari pandemik Covid 19. Sebagai anak seni yang terlibat dalam kerja seni kreatif secara sepenuh masa memang akan terganggu pendapatan ketika itu.
Hanafi Rosdi, pengasas Bang Pi Lekor Chips
Tidak mudah mengalah, anak muda yang berusia 32 tahun ini terus melangkah ke hadapan dengan memikirkan pekerjaan apa yang boleh dilakukan bagi menjana ekonomi bukan sahaja untuk diri dan keluarganya bahkan bagi masyarakat setempat yang memerlukan pendapatan sampingan.
Barangan jualan pertamanya adakah keropok lekor sejuk beku (frozen). Di mana produk ini beliau dapatkan sendiri di kilang yang cukup dikenalinya di Terengganu. Sambutan yang diterima ketika itu memang cukup menggalakkan terutama dari negara jiran iaitu Singapura. Bayangkan jualan pada tahun 2021 mencecah 1.5 juta, satu pencapaian yang tidak pernah dijangka.
Melihat kepada sambutan yang luar biasa diterima terhadap jualan keropok lekor sejuk beku. Kareografer berbakat ini terus melangkah ke hadapan lagi dengan memperkenalkan Bang Pi Lekor Chips.
Apa yang menarik keropok lekor ini sedia di nikmati di mana sahaja, pada bila-bila masa dengan keranggupan yang cukup luar biasa. Didatangkan dalam saiz 400 gram menawarkan 2 jenis perisa iaitu original dan juga spicy cheese. Sejak mula diperkenalkan kedua produk ini memang mendapat sambutan yang cukup hebat samada Malaysia mahupun Singapura,
Bayangkan ejen sahaja sudah mencecah 300 orang begitu juga dengan dropship yang agak ramai bilangannya. Sehingga kini masih lagi tinggi permintaan untuk produk-produk di bawah jenama Bang Pi. Saya sendiri sudah mencuba Bang Pi Lekor Chips, ternyata memang benar apa yang dikata - Sedap Dooh!
Keropok lekor yang menggunakan 100% isi ikan selayang, tanpa tulang, tidak gatal dan paling penting keenakkannya memang padu rasa ikan sebenar. Di hiris nipis, digoreng garing, disimpan didalam pembungkusan yang kedap udara, kita boleh buka dan tutup ianya memang sangat praktikal.
Istimewa untuk sambutan hari raya haji akan datang ini, Bang Pi ada memperkenalkan produk serunding. Didatangkan bersama 2 jenis serunding iaitu daging dan ayam memang sangat sesuai dijadikan juadah di hari raya. Saya telahpun dapatkan produk ini bukan sahaja untuk dinikmati pada hari raya bahkan dijadikan cenderahati buat saudara mara serta bekalkan anak-anak yang tinggal di asrama.
Setiap pek didatangkan dengan 100 gram serunding. Ditawarkan pada harga RM15 untuk satu pek. Istimewanya untuk raya haji ini ditawarkan pada harga promosi iaitu RM10 sahaja. jadi ianya memang sangat berbaloi. Jangan lupa untuk dapatkan tau segera. Ini kerana promosi ini sehingga Raya Haji sahaja.
Siapa sangka kareografer yang cukup popular di Malaysia yang pernah terlibat dalam program Astro mahupun TV3 seperti AJL, Big Stage, Anugerah Meletop, Vokal Mania dan pelbagai lagi bukan sahaja kreatif di atas pentas malahan turut kreatif dalam menghasilkan produk perniagaan makanan yang boleh diterima semua bangsa dan juga warganegara. Moga jenama Bang Pi akan terus maju dan sukses, menerokai lebih banyak negara di Asia Tenggara.
Nak jadi ejen atau dropship pun boleh. Komisen agak menarik juga tau! Boleh imbas QR Kod di belakang pembungkusan.
Boleh dapatkan produk Bang Pi dari Tik Tok Shop @BangPiLekors ataupun hubungi terus ke talian 014-6446580
Bang Pi Lekor Chips Sedap Dooh!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 15, 2023
Rating:
Sedapnya keropok lekor. Best lagi kalau makan dengan sos cili.
ReplyDeletemmg sedap
DeleteMemang sedapppp
ReplyDeleteDah order di tiktok.puas makan..
ReplyDelete