Beraktiviti di Pavilion Bukit Jalil Semasa Cuti Sekolah Memang Menyeronokkan!

Cuti sekolah biarpun seminggu jika dapat dimanfaat dengan sebaiknya memang seronok. Walaupun tidak berjalan jauh hanya berdekatan sahaja namun ianya tetap menggembirakan. Bayangkan pergi ke pusat membeli-belah sahaja sudah cukup membuatkan anak-anak gembira. Apatah lagi inilah masanya untuk kita menghabiskan masa bersama keluarga terutama anak-anak.

Apa yang pasti, Pavilion Bukit Jalil adalah destinasi terbaik untuk membawa anak-anak untik beraktiviti. Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh kita explore sambil bercuti di sini. Selain itu tempat makan juga banyak sangat pilihan. Apatah lagi saya yang memiliki anak ramai ini, mudah sangat nak pilih ikut selera anak yang kepelbagaian.

Di bahagian tingkat 5, Pavilion Bukit Jalil terdapat banyak taman permainan indoor yang disediakan untuk anak-anak. Antaranya seperti Little Pirates Playland, Blue Ice Snow Park, Pinkfong Baby Shark Adventure Ville by Toy World, The World of Nickelodeon Malaysia dan pelbagai lagi.




Anak saya memang teruja sangat  dapat bermain di Blue Ice Snow Park level 5 Pink Zone Pavilion Bukit Jalil. Saya ada kongsikan di dalam ENTRI ini.


Gelanggang meluncur ais yang agak luas dan disediakan pelbagai fasiliti terbaik. Memang puas hati.



Bagi anak-anak yang berusia 9 tahun ke bawah. Mereka past teruja jika dapat berakiviti di The World of Nickelodeon Malaysia Kemunculan watak seperti Paw Patrol, Spinge Bob memang sangat dinantikan.


Bermula dari 25 Mei sehingga 25 Jun 2023, Pavilion Bukit Jalil telah mengadakan pameran dan jualan produk dari ikonik animasi Warner Bros. Ini merupakan kalaborasi bersama Warner Bros bersempena dengan ulangtahun ke 100. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Selain itu terdapat juga tawaran penebusan hadiah dengan setiap pembelian daripada pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil. Boleh baca dari ENTRI ini.

Minum petang di Churos

Makan malam di Seniman Cafe

Penat bershopping dan berbalanja, bolehlah singgah makan di restoran serta kafe yang ada di dalam Pavilion Bukit Jalil. Seperti saya yang membawa anak-anak ke Madam Kwan, Seniman Cafe, Churos, Empire Sushi dan pelbagai lagi.

Antara hidangan yang kami nikmati di Seniman Cafe seperti di bawah. Semuanya sedap sangat!







Memang seronok dan puas hati. Apa yang pasti kami akan repeat lagi datang ke sini,

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...