DXN Mengubah Hidup Tajudin Dari Tukang Kebun Ke Dunia Perniagaan Hebat
Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimana nak dapatkan isinya. Apa yang penting setiap usaha dan kesungguhan pasti membuahkan hasil. Terutamanya dalam mengubah nasib seseorang dalam segala aspek kehidupan, ini termasuklah taraf eknomi serta kesihatan diri.
Tajudin Awang berasal dari Kampung Kota Mengkuang Kubang Pasu Jitra, Kedah yang bermula dengan bekerja sebagai tukang kebun dan pada masa yang sama berniaga kecil-kecilan, tidak pernah lelah mencari peluang mangubah nasib diri dan keluarga.
Bagi saya usaha dan kesungguhan penting. Saya tidak pernah bermimpi untuk berasa selesa dalam hidup di usia sebegini.
Allah Maha Baik, kalau kita rajin dan pandai cari peluang kita pasti akan dapat dan dipermudahkan urusan
Mula diperkenalkan DXN pada tahun 1996 merupakan asbab kehidupannya berubah menjadi lebih baik. Untuk info, Tajudin Awang mempunyai masalah gout dan kencing manis yang serius sejak tahun 1989. Beliau telah mengambil produk DXN iaitu RG dan GL secara konsisten. Melihat kepada kesihatannya semakin baik, beliau tidak teragak-agak untuk berkongsi segala manfaat yang beliau sendiri rasainya setelah mengambil produk DXN.
Biarpun bermula dari bawah namun siapa sangka pada tahun 2000 merupakan permulaan baru dalam hidup Tajudin yang telah dijemput berkongsi pengalaman di Australia. Bayangkan keberanian Tajudin untuk bekongsi di hadapan lebih 3,000 orang meskipun tidak lancar berbahasa Inggeris.
Satu pengalaman lagi yang tidak pernah dilupakan apabila beliau telah dijemput untuk berkongsi pengalamannya bersama DXN di India. Biarpun sedikit kucar kacir tetapi kehadirannya tetap mendapat sambutan luar biasa.
Saya masih ingat kenangan di Goa, India saya sebagai speaker terakhir buat perkongsian tak tau perkataan nanah dalam bahasa Inggeris jadi saya sebut “ yellow yellow water “ come out from my eye. Seluruh peserta ketawa,
Namun siapa sangka, anak kelahiran Wang Tepus, Kedah ini sudah dikenali dan menguasai pentas jemputan usahawan DXN termasuk di Singapura, Brunei , Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh, Nepal, UAE, Arab Saudi, Oman , Qatar, Kuwait, Bahrain dan lain lain.
Tajudin berkata DXN adalah pilihan tepat kerana dirinya mendapat pulangan lumayan menerusi bonus dan bebas dari penyakit.
DXN Pilihan Untuk Mereka Yang Ingin Berjaya
DXN telah berada lama di pasaran bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Kebanyakan usahawan DXN adalah bermula sebagai pengguna. Setelah melihat sendiri kelebihan produk ini melalui testimoni diri, mereka mula menyertai usahawan DXN.
Bahan utama di dalam kebanyakan produk DXN-
Ganoderma Lucidium (Ling Zhi)
Bayangkan dari sakit menjadi lebih sihat, satu nikmat yang tidak boleh didustakan. Selain itu melalui DXN, kita juga boleh menjana pendapatan dan berubah dari orang biasa-biasa menjadi luar biasa. Paling penting kita dapat kongsikan segala manfaat dari produk DXN bersama orang lain terutama yang tersayang.
Kelebihan Usahawan DXN
Menjadi usahawan DXN banyak sangat kelebihannya. Tanpa memerlukan modal yang besar sebenarnya untuk memulakan perniagaan bersama DXN. Usahawan juga tidak perlu ada komitmen untuk memegang stok yang banyak banyak. Ini kerana stokis DXN boleh didapati di seluruh dunia.
Bayangkan terdapat lebih 180 negara yang DXN sudah terokai. Keuntungan jualan runcit yg tinggi dan bonus berdasarkan peratusan yang sangat kompetitif berbanding produk jualan lansung lain yang terdapat di pasaran. Lebih mengujakan produk- produk yang dihasilkan DXN bermutu tinggi dan mempunyai tahap keberkesanan yang terbukti berhasil.
Jom sertai DXN dan berjaya seperti Tajudin Awang yang berani mengubah nasib diri dan keluarganya untuk menjadi lebih baik.
DXN Mengubah Hidup Tajudin Dari Tukang Kebun Ke Dunia Perniagaan Hebat
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 25, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...