Pencarian ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ Kembali Lagi Untuk Tahun 2023
Yesza! Pencarian The Face of Healthy Beauty 2023 kini telah bermula. Mula diperkenalkan pada tahun 2019 yang mana perncarian pertama untuk kempen ini telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang bukan sahaja cantik bahkan menjalani kehidupan sihat.
Angela Teo,Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:
Pencarian The Face of Healthy Beauty BUKAN pertandingan kecantikan. Namun kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka. Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka.
Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera
kata Teo.
Guardian bukan sahaja berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah.
Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan Guardian sememangnya telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor Guardian terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,”
Seramai empat (4) pemenang The Face of Healthy Beauty Empat ke peringkat akhir dan masing-masing akan menerima:
- Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
- Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain
- Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000
- Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
- Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang
Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023 di https://theface.guardian.com.my atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian.
Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadiThe Face of Healthy Beauty?’, satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport. Satu ratus dua puluh (120) peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir di:
- Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023),
- Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023),
- Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) dan
- Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023).
Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.
Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.
Pada yang menyertai, all the best :-)
Pencarian ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ Kembali Lagi Untuk Tahun 2023
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 28, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...