Rightside Restoran Makanan Segera Menawarkan 100% Hidangan Vegan

Peminat produk vegan kini boleh menikmati hidangan 100% vegan yang bukan sahaja sihat bahkan sedap esklusif di kedai makanan segera Rightside. Pertama seumpamanya di Malaysia, menu-menu vegan di Rightside bukan sahaja untuk mereka yang vegan tetapi juga pada semua yang sukakan diet yang berasaskan tumbuhan (plant-based).


Rightside restoran makanan segera pertama di Asia yang berasaskan tumbuhan (plant based) ini telah menjalankan penyelidikan secara inovatif dengan mengunakan bahan-bahan premium yang tinggi khasiatnya.


Dihasilkan semuanya 'homemade' daripada roti, daging burger (patties), sos mayo, keju dan pelbagai lagi.  Apa yang penting semuanya vegan, cukup istimewa dan esklusif. 


Daging burger (patties) dihasilkan daripada protein kacang (pea protein) dan dimasak seperti smashed burger. Ada 3 pilihan samada ZeroBeef, ZeroLamb dan ZeroChicken


Selain daging burger vegan, burger ini juga didatangkan bersama bun fluffy vegan yang cukup lembut, keju yang dicairkan, mayo vegan, bawang karamel, lada benggala, cendawan saureed, kepingan hirisan tomato dan salad segar. 


Menurut Pengarah & Pengerusi Rightside Fast Food, Datuk Zhafran Md Yusuf, beliau yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan lebih baik hidangan sihat seperti vegan diperkenalkan. Bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi citarasa pelanggan.


Tidak hairanlah di restoran makanan segera Rightside terdapat pelbagai pilihan hidangan yang cukup menarik. Antara yang pasti mencuri perhatian pelanggan seperti:-
  • Smashed burger
  • Tacos
  • Burrito
  • Mexican Salad
  • Kentang Goreng (fries)
  • Jagung didalam cawan
  • Milkshakes
  • Soft-serve
  • Hot Drinks dan Soft Drinks
Boleh didapatkan secara set ataupun ala-carte. Ikut pilihan citarasa masing-masing. Paling mengujakan apabila didalam setiap hidangan menggunakan sos mayo, keju yang sememangnya vegan  dan sangat sedap. Menambah percikan rasa istimewa pada setiap hidangan.





Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan sangat berbaloi jika dilihat dari segi kualiti rasa serta khasiat yang ditawarkan memang terbaik. Jom makan di Rightside, hidangan vegan hebat yang pasti akan memberi rasa kepuasan di hati. Nikmati sekali pasti datang lagi.



RIGHTSIDE® Feel Good Fast Food
11:00am - 10:00pm (dibuka setiap hari)
GF-02, 163, Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

RIGHTSIDE® @ Sri Petaling
11:00am - 08:00pm (dibuka setiap hari))
First Floor, No 147-1, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000




#beontherightsideofchange

Rightside Restoran Makanan Segera Menawarkan 100% Hidangan Vegan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 28, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.