Veera Hair Saloon Kini Lebih Luas dan Selesa

Veera Hair Saloon Kini Lebih Luas dan Selesa- Rambut kekal sihat dan cantik, samada berhijab mahupun tidak, pastinya semuanya akan mengambil berat. Apatah lagi kalau dapat membuat rawatan di saloon, kita pasti rasa lebih puas dan seronok. Berita baik bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Pulau Pinang, Bukit Mertajam dan sekitarnya. Di mana Veera Hair Saloon yang terletak di Sunshine Bertam Shopping Mall Kepala Batas Pulau Pinang, kini telah diperluaskan dan dinaik taraf bagi meningkatkan kepuasan kepada pelanggan-pelanggannya.


Untuk info, keluasan terbaru Veera Hair Saloon ini agak luas, lebih dari 1000  kaki persegi sekaligus dapat meningkatkan lagi jumlah kerusi kepada 11 pelanggan untuk satu-satu masa. Bahkan segala peralatan dan kemudahan ditambah baik demi memberi rasa selesa dengan suasana kondusif yang lebih esklusif. Tatarias di dalam saloon juga sangat cantik dengan warna-warna earth tampil lebih mewah.


Menawarkan dandanan dan rawatan rambut lelaki untuk perempuan (unisex) serta juga mereka yang berhijab. Bayangkan 90% pelanggannya merupakan masyarakat melayu dan 70% adalah mereka yang berhijab. Untuk mereka yang berhijab dandanan dan rawatan rambut didalam bilik yang tertutup agar lebih privasi.


Antara servis dandanan dan rawatan rambut yang disediakan di sini seperti :-
  • Gunting dan Cuci Rambut
  • Layer Rambut
  • Inai Rambut
  • Colour Rambut (Mewarnakan Rambut)
  • Bleach Rambut
  • Highlight Rambut
  • Rebonding Rambut
  • Relaxing Rambut
  • Steam Rambut
  • Iron Rambut
  • Treatment Rambut
  • Keratin Treatment
  • Rawatan Kelemumur
  • Spa Hair Treatment
  • Damaged Hair treatment
  • Scalp treatment
  • Perming
  • Perm Pendek
  • Digital Perm
  • Curly Rambut
  • Wavy Rambut
  • dan pelbagai lagi

Apa yang menarik pada setiap bulan ditawarkan pelbagai harga promosi terbaik yang boleh direbut semua pelanggan Veera Hair Saloon. Jadi korang kena sentiasa lihat pada promosi yang akan dikongsikan laman media sosial Veera Hair Saloon yerp.


Di Veera Hair Saloon juga korang boleh dapatkan produk-produk penjagaan rambut VEERA yang telah diperkenalkan oleh Mr. Gin dan isteri. Antara produk dibawah jenama VEERA adalah seperti syampu, hair mask dan hair tonic (tonik rambut).

Diformulasi dari bahan-bahan semulajadi dan diperakui memberi banyak manfaat terutama dalam penjagaan rambut agar terus kekal sihat dan cantik. Kupasan lanjut setiap satu produk telah saya kongsikan di dalam entri ini:

Saya sendiri sudah mencuba syampu dan tonik rambut. Memang sangat best. Saya yang dulu mempunyai masalah keguguran rambut tetapi lebih guna produk dari VEERA memang tidak lagi mengalami masalah yang sama. Produk VEERA selain boleh dapatkan dari Veera Hair Saloon, kita juga boleh dapatkan diatas talian juga tau!


Seorang yang sangat positif dan berjiwa besar, Mr. Gin juga bercita-cita untuk menubuhkan Veera Hair Academy pada masa akan datang. Semuanya masih dalam perancangan, namun keinginan beliau untuk berkongsi ilmu tentang dandanan dan penjagaan rambut padan lebih ramai orang adalah satu kepuasan. Bagi Mr. Gin ini adalah satu caranya untuk beliau memberi balik sesuatu kepada masyarakat melalui kemahiran yang beliau ada.


Jom ke Veera Hair Saloon di Sunshine Bertam Shopping Mall dan ianya terletak di sebelah Watsons berdekatan dengan pintu masuk pasaraya. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 8 malam. Untuk temujanji dan pertanyaan tentang servis serta produk boleh hubungi 017-3149936.   

Veera Hair Saloon Kini Lebih Luas dan Selesa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 18, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. kalau ke penang nnt boleh la singgah. macam menarik je servis yang ada

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.