dodo Dim Sum & Steamboat Menawarkan Dim Sum, Steamboat dan Masakan Thai Autentik DI Bawah Satu Bumbung
Peminat dimsum dan stemaboat pasti teruja apabila dapat menikmati kedua hidangan ini dibawah satu bumbung. Yup, di dodo Dim Sum & Steamboat. Terdapat variasi pilihan hidangan yang menarik dan enak seperti dimsum, masakan Thai autentik dan juga steamboat.
Resepi masakan adalah dari Master Chef Jun yang cukup teliti dan berpengalaman dalam menyediakan hidangan kulinari yang klasik dengan sedikit kelainan dalam persembahan. Menggunakan bahan-bahan ramuan yang terbaik, dimasak sempurna, penyediaan A-Z bersih, konsisten dari segi kualiti dan rasa.
Hidangan steamboat semuanya menggunakan ramuan yang cukup segar. Saya cukup gemar Thai Curry Paste (pes), sangat sedap! Begitu juga dengan pilihan dim sum sangat banyak, memang rambang mata nak pilih. Apa yang rasa semuanya sedap. Contohnya seperti Salted Egg Custard Bun di sini, makan panas-panas,dengan roti bun yang cukup lembut berserta dengan lelehan salted egg custard yang cukup menggiurkan. Begitu sempurna, sedap tidak terkata.
Comelkan!
Pilihan makanan thai juga ada di dodo Dim Sum & Steamboat Bukit Jelutong Shah Alam. Paling best tentulah tomyam dan juga masakan ikan style Thai. Cukup rasa, berperisa memang kena dengan selera.
Antara menu yang korang boleh cuba di sini seperti:-
Siew Mai
Beef Siew Mai
Har Gow
Chicken Kerabu
Salted Egg Custard Bun
Five Spice Beancurd
Dad Deow
Radish Cake – dodo style
Taro Pie
Tom Yum
Pad Med Mamuang (daging)
Kra Pow (ayam)
Khoo Pad Tom Yum
Char Kway Teow
Phad Thai
Salted Egg Prawn
Mayonnaies Prawn dan Larb Tod
Lo Moi Goi
Masakan ikan 👌
Untuk hidangan Steamboat antaranya seperti:-
Broth - Nam Tok dan Khao Soi
Antara item pilihan pelanggan ketika menikmati steamboat di sini seperti udang segar, hirisan daging dan filet ayam.
Sayuran seperti Hong Kong Sawi dan Baby Kailan. Mee pula ada Thai Flat Noodle dan Spring Noodle. Pilihan cendawan seperti Shitake dan Enoki ada ditawarkan.
The best 3❤️
Tapi bagi saya sos homemade di dodo Dim Sum & Steamboat ini paling win. Sedap dengan rasa autentiknya yang tersendiri.
Persekitaran restoran sangat cantik dan luas. Tatarias tampil mewah dan esklusif. Kita boleh datang santai-santai sendirian mahupun bersama famili dan rakan-rakan. Boleh pilih samada untuk menikmati di bahagian dalam restoran mahupun di luar. Disediakan 1 bilik yang boleh kita buat tempahan bagi acara yang lebih privasi.
Memang seronok bila kita boleh kumpul ramai-ramai dengan keluarga mahupun rakan. Makan besar di sini bersama-sama. Sangat meriah dan selesa. Paling penting dapat memenuhi citarasa semua yang hadir.
Efreshing!
Kemudahan parkir juga banyak di hadapan restoran. Dari segi lokasi restoran sangat mudah dicari dengan pelbagai fasiliti disediakan. dodo Dim Sum & Steamboat juga ada menawarkan pakej-pakej hidangan untuk majlis korporat dan katering. Untuk promo set dan pertanyaan lanjut boleh hubungi 603-78324623.
Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 11 malam
Untuk tempahan dan penghantaran jika tidak berkesempatan menikmati hidangan di restoran bolehlah membuat pesanan di dodo.placeorder.my .
Jomlah cuba hidangan hebat di :-
Dodo Dim Sum & Steamboat,
11-G, Pusat Perniagaan D'Bayu,
Jalan Serambi U8/24,
Bukit Jelutong,
Shah Alam, Selangor
#enjoylifeenjoydodo.
dodo Dim Sum & Steamboat Menawarkan Dim Sum, Steamboat dan Masakan Thai Autentik DI Bawah Satu Bumbung
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 11, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...