Kenali Jenis Pigmentasi Dan Cara Rawatannya

Kenali Jenis Pigmentasi Dan Cara Rawatannya- Kadang-kadang kita akan rasa tidak yakin diri apabila melihat kulit wajah penuh dengan tompok-tompok hitam yang cukup ketara. Tompok hitam ini juga dikenali sebagai pigmentasi. Untuk info, pigmentasi adalah di mana terdapat di bahagian kulit yang mempunyai rona warna yang tidak sekata iaitu gelap atau cerah. Ini disebabkan oleh rembesan melanin yang tidak terkawal oleh kelenjar endokrin. Dengan persekitaran dan cuaca seperti cahaya matahari juga menjadi punca pigmentasi boleh berlaku.

4 Jenis Pigmentasi
Terdapat 4 jenis pigmentasi yang perlu kita ketahui iaitu:- 
  • POSTINFLAMMATORY HYPERPIGMENTATION (PIH)

Keadaan di mana terdapatnya tompok gelap akibat proses keradangan atau trauma terutamanya pada jenis kulit yang lebih gelap. Tompok ini juga dikenali sebagai parut gelap boleh berterusan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, hingga menggangu emosi dan psikologi pesakit. Bentuk tompok gelap (PIH) tidak sekata dan tidak mempunyai pinggiran yang jelas.

  • MELASMA


Melasma juga dikenali sebagai jeragat ataupun kita boleh katakan tompok gelap (hipermelanosis) yang sering terjadi pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini terutamanya pada bahagian muka dan lengan. Faktor peningkatan usia dan juga memiliki kulit cerah juga antara asbab berlakunya melasma pada kulit.

  • EPHELIDES

Juga dikenali sebagai freckles. Sejenis tompok gelap yang kecil yang bersaiz diantara 1 hingga 2 milimeter. Tompokan jelas dengan warna seragam. Biasanya ephelides terjadi pada bahagian muka, leher, dada, lengan dan kaki. Ephelides biasanya bermula pada usia muda dan boleh hilang apabila usia meningkat. Ianyatidak berbahaya dan kebiasaannya tidak memerlukan rawatan.  

  • CAFÉ AU LAIT MACULES

Macula ‘café au lait’ adalah tompok gelap tanda lahir. Kebiasaannya boleh didapati daripada usia lahir.. Tompok adalah dalam ukuran dari 1 hingga 20 sentimeter. Macula akan kelihatan di mana-mana bahagian tubuh badan. Seperti pigmentasi yang lain ianya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan khas.


Tips Untuk Mengurangkan dan Menghilangkan Masalah Pigmentasi

Biarpun pigmentasi bukanlah penyakit merbahaya tetapi kita perlu mengatasinya dan memperbaiki dalam keadaan yang segera. Keadaan cuaca, cara pemakanan, genetik dan faktor usia mungkin menjadi asbab berlakunya pigmentasi. Namun jangan dirisaukan ini kerana pada zaman sekrang terdapat banyak solusi mengurangkan/menghilangkan pigmentasi menerusi rawatan terbaik yang kita boleh cuba.


Antara langkah yang boleh diikuti seperti:-
  • Menggunakan produk dan juga membuat rawatan kecantikan pengelupasan membuang sel-sel kulit mati.
  • Menggunakan produk yang boleh merangsang pertumbuhan sel baru.
  • Menggunakan produk yang mempunyai formulasi antioksidan untuk pembaikan sel.
  • Menggunakan produk yaang dapat meningkatkan aliran darah kapilari.
  • Menggunakan produk yang dapat memberi kelembapan dan nutrien terutamanya boleh melepasi tujuh lapisan tisu kulit.
  • Amalkan penjagaan kulit secara rutin dan konsisten.
  • Jumpa pakar kulit dan dapatkan nasihat serta rawatan terbaik.

Mengambil berat tentang kesan cahaya ultraviolet. Jadi bagi mendapat pelindungan matahari terbaik kita kena kekalkan tabiat penjagaan kulit melalui penggunaan produk pemutihan yang tepat.

Sekadar info:
  • Kulit kering, sensitif atau penuaan - Pengelupasan 1-2 kali seminggu. 
  • Kulit kombinasi- Pengelupasan 2 hingga 3 kali seminggu.

Rawatan Alternatif di Klinik Dr Bazilah
Untuk masalah kulit wajah jika kita rujuk pada mereka yang pakar adalah lebih terbaik. Ini terutama bagi mengelakkan kita tersilap membuat pilihan produk kulit muka untuk digunakan. Jadi saya memang sangat syorkan Klinik Dr. Bazilah. Terdapat 3 cawangan Klinik Dr. Bazilah yang boleh kita kunjungi samada cawangan Shah Alam, Bangi mahupun Kuala Lumpur.


Apa yang penting Klink Dr Bazilah mempunyai  tenaga pekerja yang cukup berpengalaman dalam bidang rawatan kulit. Rawatan dengan konsultansi terbaik akan diberikan kepada semua pelangggannya.

Saranan pada pelan rawatan adalah mengikut keperluan rawatan kulit wajah anda. Semasa perundingan awal doktor akan melihat dan teliti tahap masalah pigmentasi yang dialami. Rundingan lebih personal dan mengikut keutamaan khusus paling terbaik yang boleh diberikan.

Sebaik sahaja anda menjalani rawatan, untuk mengekalkan hasil rawatan itu seterusnya menjadi keutamaan. Klinik Dr Bazilah akan membantu anda dengan memberikan  garis panduan penjagaan selepas rawatan yang mudah untuk diikuti. 

Anda akan belajar tentang kepentingan melindungi kulit anda dengan pelindung matahari SPF yang tinggi dan cara mengelakkan pendedahan matahari yang berlebihan melalui penggunaan produk penjagaan kulit yang diyakini dapat menjaga kesihatan kulit secara keseluruhan.


Berada didalam klinik ini juga membuatkan kita rasa teruja dengan susunatur dekorasi moden minimalist. Sangat cantik, sejuk mata memandang. Ruang klinik yang cukup selesa dan luas serta peralatan teknologi yang digunakan memang terkini dan diyakini. 


Untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat mahupun temujanji bolehlah hubungi Klinik Dr Bazilah ya!

KLINIK DR BAZILAH @ KUALA LUMPUR
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4812 1303
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur

KLINIK DR BAZILAH @ BANGI
C 10 G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8922 9681
Website: https://www.klinikdrbazilah.com

KLINIK DR BAZILAH @ SHAH ALAM
R1-02-01, Emira, Jalan Akuatik A 13 /64 A,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-05035 7359
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam

WhatsApp untuk temujanji : http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
        
Kenali Jenis Pigmentasi Dan Cara Rawatannya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 17, 2023 Rating: 5

7 comments:

  1. Thanks for sharing, saya ada masalah melasma tu :(

    ReplyDelete
  2. Thanks sudi kongsi info pasal pigmentasi nie. Rawlins pun rasa nak pergi ke cawangan bangi untuk pemeriksaan

    ReplyDelete
  3. They have many types of treatments and the clinic looks comfortable too

    ReplyDelete

  4. Wah, sekarang Tini dah faham lebih lanjut tentang masalah pigmentasi kulit dan cara merawatnya. Kadang-kadang bila ada tompok hitam atau cerah yang tak sekata kat muka, kita jadi kurang yakin diri. Tapi tak perlu risau sebab ada banyak cara untuk kurangkan masalah ni kan. Kalau tak pasti, jumpa je doktor kulit kat Klinik Dr. Bazilah yang pakar dalam rawatan kulit ni betul tak?

    ReplyDelete
  5. Wowo....this is a good skin clinic to opt for the many skin treatment kan. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  6. Betul kan, jumpa pakar is really important on top of our daily skincare routine only! Should plan a visit too untuk dapatkan khidmat pakar on my skin condition

    ReplyDelete
  7. Dr Bazilah ni femes juga kak. Ramai testimoni positif. Kadang nak buat facial tak boleh sebarangan. Kena ada doktor pakar kulit.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.