Kulit Lebih Cerah Dengan MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING MILK MOISTURIZER Yang Baharu

Rohto-Mentholatum dengan bangganya memperkenalkan Melano CC, produk penjagaan kulit berasaskan Vitamin C yang komited untuk memanfaatkan potensi Vitamin C. Melano CC telah menjadi sebuah jenama yang terkenal denganmerevolusikan pencerahan dan peremajaan kulit.


Vitamin C dipandang tinggi dalam industri penjagaan kulit disebabkan bahan tersebut mempunyai sifat antioksidannya yang luar biasa, kehebatan dalam mencerahkan kulit, dan faedah-faedah antipenuaan yang luar biasa.

Dengan mengambil berat potensinya, Melano CC telah menjadikan Vitamin C sebagai inti utama formulasi dalam inovasi mereka untuk mencipta rangkaian produk yang memberikan hasil agak transformatif.

Penggiat social media, peminat kecantikan dan pakar penjagaan kulit di seluruh dunia telah menyokongjenama ini dengan sepenuh hati dan memuji keberkesanannya pada kulit mereka. Perkongsianpengalaman dan ulasan product telah memainkan peranan agak penting dalam mendorong jenama iniberada di barisan hadapan dalam industri penjagaan kulit.

Melano CC telah dikenali sebagai jenama No. 1 Brightening Essence di Jepun. Dengan itu, Melano CCingin memperkenalkan produk penjagaan kulit terbaru: Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer. Dirumus dengan teknologi canggih, pelembap ini menjanjikan untuk menangani pelbagai masalah kulit, termasuk tanda jerawat, bintik hitam, kusam dan tona kulit tidak sekata.


Dicipta oleh Rohto Pharmaceutical Co. Jepun, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer mempunyaiformula Vitamin C asli yang dirumuskan dengan teliti untuk meningkatkan keberkesanannya dalam memulihkan kekusaman, meratakan tona kulit dan menggalakkan kulit yang sihat dan berseri.

Faktor yang memperbezakan pelembap ini daripada pelembap yang lain termasuk keupayaannya menyerap dengan cepat, memberikan penghidratan berpanjangan tanpa rasa melekit atau berminyak dan mencerahkan tona kulit. Produk ini boleh meminimumkan penampilanpori-pori untuk menghasilkan kulit yang lebih licin. Komponen Vitamin C yang berkuasa meresap ke dalam kulit supaya kesan jerawat dan bintik-bintik hitamdicerahkan dengan berkesan, mengurangkan ketidaksempurnaan dan cela.


Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer mencampur Vitamin C dan bahan anti-radang yang dipilih dengan teliti untuk memastikan keberkesanannya yang luar biasa untuk semua jenis kulit. Beberapa bahan utamanya termasuk:

• Ekstrak Biji Alpinia: Mencerah dan sekatakan tona kulit, mendedahkan wajah yang lebih berseri.

• Dipotassium Glycyrrhizate: Berkesan meredakan kemerahan dan menenangkan kulit yang merengsa, menggalakkan penampilan yang sihat dan seimbang.

• Lemon & Ekstrak Limau Gedang: Pemberipenghidratan yang mendalam, menjadikan kulit lebihlembut dan licin.

Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer ini adalah bebas dari alkohol dan paraben, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif. Pengguna juga digalakkan memakainya bersama Losyen dan Essence. Selain itu, pelembap ini menyelubungi kulit anda dengan aroma Yuzu yang menyegarkan, membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

Alami kuasa transformatif Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer untuk mendedahkan keserian kulit anda.

Dijual pada harga RM59 (120ml), Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan kedai rasmi Rohto-Mentholatum di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.

Kulit Lebih Cerah Dengan MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING MILK MOISTURIZER Yang Baharu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 04, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.