Penginapan 2 Hari 1 Malam Dengan Pelbagai Promo Makanan Hebat di Hotel Armada Petaling Jaya
Penginapan 2 Hari 1 Malam Dengan Pelbagai Promo Makanan Hebat di Hotel Armada Petaling Jaya- Sekali-sekala dapat larikan diri dari kesibukan harian memang seronok. Yup! Bermalam di hotel yang serba lengkap dengan fasiliti dan ameniti terbaik yang boleh kita gunakan menjadikan percutian singkat kita lebih bermakna. Antara hotel yang saya boleh rekomen tentulah Hotel Armada Petaling Jaya.
Untuk info, Hotel Armada Petaling Jaya telah mula dibuka sejak tahun 1997 lagi. Biarpun bertahun lamanya telah dibuka, hotel ini masih kelihatan baru kerana ianya sentiasa kekal, terjaga dan dilaksanakan penyelenggarana dari masa ke semasa mengikut keperluan. Dengan menampilkan konsep tatarias moden minimalis menjadikan suasana Hotel Armada Petaling Jaya kini lebih tampil segar dan esklusif.
Saya sendiri berasa cukup seronok ketika bermalam di Hotel Armada Petaling Jaya. Apatah mendapat layanan terbaik dari setiap staff sejajar dengan misi hotel dalam memberi perkhidmatan dan keselesaan kepada setiap tetamunya.
Lokasi hotel agak strategik berhampiran stesen LRT Asia Jaya. Selain daripada itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan kepada tetamunya yang ingin ke destinasi popular di Kuala Lumpur seperti Mid Valley Megamall, KL Sentral Shopping Mall, KLIA transit dan KLCC. Satu kemudahan terbaik untuk mereka yang datang melancong mahupun atas urusan perniagaan.
Restoran Jepun Sukiya yang terletak di Tingkat 1
Bilik Karaoke
Dewan
Gymnasium yang luas dengan dipenuhi pelbagai fasiliti
Terdapat 257 bilik yang disediakan untuk memenuhi tetamu di Hotel Armada Petaling Jaya. Harga bilik adalah mengikut keluasan bilik. Ditawarkan 2 jenis pilihan katil iaitu samada king atau twin.
Bilik famili
Bilik Grand Deluxe agak luas, manakala bilik jenis famili menawarkan keselesaan dan kemudahan sesuai untuk seisi famili. Untuk sentuhan kemewahan tetamu boleh memilih bilik Premier Suite dengan ruang tamu yang berasingan dan pelbagai kemudahan eksklusif yang lain.
Untuk bilik Suite ada bath tub ya!
Masa daftar masuk adalah pada jam 3:00 petang dan hotel ini juga menawarkan pilihan daftar keluar lewat dengan bayaran nominal RM20+ sejam.
Oh ya! Hotel Armada Petaling Jaya juga terletak betul-betul bersebelahan dengan Decalthon, pasaraya cukup popular dengan tawaran hebat barangan-barangan sukan, aktiviti luar dan pelabgai lagi.
Sekarang ini, Hotel Armada Petaling Jaya turut mengadakan promosi menarik iaitu:-
- Tawaran Merdeka : Raikan semangat kemerdekaan dengan kadar eksklusif hanya RM166+ untuk penginapan 2H1N di bilik deluxe! Tawaran sarapan pagi untuk dua orang hanya RM66+ . Tempoh penginapan sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 - Hanya 10 bilik setiap hari.
- Istimewa Jom Undi - Nikmati penginapan 2H1M dengan harga RM198+ dengan sarapan pagi untuk dua orang dari 11hb hingga13 Ogos 2023. Tunjukkan jari berdakwat anda selepas mengundi dan akan terima 30% eksklusif diskaun di Restoran Utara untuk hidangan hi-tea atau bufet makan malam yang mewah.
- Bersantai & Recharge - Penggunaan Harian - Alami percutian yang menyegarkan dari jam 10:00 hingga 2:00 petang. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar).
Untuk tempahan bilik, sila hubungi (03) 7954 6888 atau e-mel di armada@armada.com.my.
Makan Buffet di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya
Setiap tetamu Hotel Armada Petaling Jaya juga berpeluang menikmati pelbagai jenis promosi hidangan makanan yang ditawarkan di Restoran Utara. Restoran yang cukup luas dan selesa ini terletak bersebelahan dengan lobi di tingkat G.
Seronok sebenarnya selepas dapat berehat didalam bilik yang cukup selesa, kita bangkit dengan semangat dan menikmati buffet sarapan di hotel.
Variasi hidangan untuk energi yang menambat hati boleh dicuba memenuhi gastronomi masyarakat tempatan mahupun luar negara.
Antara yang makanan yang boleh dicuba seperti roti canai durian, bubur dan pelbagai lagi. Saya paling suka croisaant dan bubur ikan. Dinikmati secara panas-panas memang puas hati. Buffet sarapan pagi bermula seawal 7:00 pagi hingga 10:30 pagi.
Harga:
Dewasa : RM58+
Kanak-kanak : RM29+
Bufet Makanan Laut Setiap Sabtu Malam
Setiap hari Sabtu malam bermula dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam, Hotel Armada Petaling Jaya ada menawarkan bufet makanan laut. Ini juga antara tarikan yang cukup hebat bagi tetamu yang ingin mersai pelbagai juadah daripada hidupan laut yang segar,
Pelbagai hidupan laut segar yag diletakkan di atas ais, ini termasuklah udang, kerang dan juga tiram. Bahkan di buffet ini juga disediakan pelbagai hidupan laut yang dimasak dengan rempah BBQ yang lazat, masakan tempatan yang menarik, serta hidangan Jepun.
Untuk Promosi Hari Malaysia dan Merdeka pada bulan Ogos & September ditawarkan juga beberapa
hidangan istimewa tempatan, termasuklah Kari Kepala Ikan, Rendang Tok dan Assam Pedas Oxtail yang menggoda
Harga:
RM118+ untuk Dewasa
RM82+ untuk Warga Emas
RM59+ untuk Kanak-kanak
Promosi Istimewa untuk Bufet Makanan Laut Malam Sabtu :
- Promo 5+1 untuk Makan Malam Bufet Makanan Laut untuk Dewasa & Warga Emas
- 2 kanak-kanak di bawah 12 tahun, ditemani oleh keluarga mereka, makan secara PERCUMA!
- Tetamu hotel (menginap) layak mendapat diskaun hebat sebanyak 30% untuk sepanjang bulan Ogos dan September.
Bufet Hi-Tea (Ahad)
Raikan hari Ahad yang santai dengan Bufet Hi-Tea yang bermula dari jam12:00 PM hingga 3:30 PM. Pelbagai hidangan antarabangsa dan tempatan yang cukup menarik dan lazat ditawarkan.
Begitu juga dengan kepelbagaian pencuci mulut yang cukup meggoda jiwa. Hanya yang terbaik dari dapur chef pastri Hotel Armada Petaling Jaya.
Harga:
RM108+ untuk Dewasa
RM76+ untuk Warga Emas
RM54+ untuk Kanak-kanak
Promosi Istimewa untuk Bufet Hi Tea Ahad :
● Pemegang kad kredit HSBC boleh menikmati diskaun eksklusif 15%,.
● Tetamu hotel (menginap) boleh mendapat diskaun hebat sebanyak 30% untuk sepanjang bulan Ogos
dan September.
Di Restoran Utara, anda boleh menikmati pelbagai jenis buffet yang ditawarkan. Apa yang pasti ianya dapat memenuhi citarasa semua tidak kira usia dan bangsa.
Promosi Istimewa Hot Pot Set
Jika korang berminat set hot pot yang dinikmati panas-panas bolehlah rebut tawaran istimewa Hot Pot Set dari Hotel Armada Petaling Jaya.
Harga yang ditawarkan (per set) adalah bermula dari :
RM36+ set sayuran
RM40+ set ayam
RM58+ set daging
RM68+ set makanan laut
Setiap set boleh dinikmati 1 hingga 2 orang. Ada 4 jenis sup yang boleh dipilih iaitu samada sup mala, ayam, tomyam dan juga sayur.
Sos yang boleh dinikmati bersama set hot pot juga banyak ya! Saya paling suka chili thai.
Terdapat juga promosi hebat ditawarkan yang mana tetamu boleh menikmati diskaun sebanyak 15% untuk bulan Julai untuk tawaran Promosi Set Hot Pot dan juga diberikan pencuci mulut (dessert of the day) secara percuma.
Waktu Promosi Hot Pot: Setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 5:00 petang.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi Restoran Utara (03) 7954 6888 samb.4557
P/S: Percutian singkat tetapi cukup bermakna. Penginapan yang cukup selesa dengan kepelbagaian fasiliti yang serbaguna.
Bonus! Bila dapat menikmati pelbagai juadah bufet istimewa menjadikan hujung minggu bersama tersayang dapat dimanfaat sepenuhnya.
Penginapan 2 Hari 1 Malam Dengan Pelbagai Promo Makanan Hebat di Hotel Armada Petaling Jaya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 24, 2023
Rating:
buffet2 tu semua nampak menarikkkkk
ReplyDeleteWah best staycation kat Armada Hotel, bilik dia luas and selesa plus makanan pun best kan
ReplyDelete