Restoran Setia Ikan Bakar Menawarkan Hidangan Ikan Bakar Segar dan Kepelbagaian Lauk Pauk Kampung


Restoran Setia Ikan Bakar Menawarkan Hidangan Ikan Bakar Segar dan Kepelbagaian Lauk Pauk Kampung- Peminat ikan bakar macam saya mesti teruja. Apatah lagi ikan yang dibakar memang segar-segar dengan perapannya yang cukup istimewa. Korang nak cuba sendiri? Jomlah ke Restoran Setia Ikan Bakar yang terletak di Setia Alam Taipan (boleh waze ke sini). Kawasan restoran ini terletak begitu hampir dengann Petronas. Parkir di hadapan kedai memang banyak.


Restoran Setia Ikan Bakar dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 4 petang. Boleh memuatkan sehingga 140 orang pada satu-satu masa. Memang sangat luas dan selesa.


Rencah bakar portugis


Di sini ada 5 jenis ikan yang kita boleh pilih samada talapia, keli, mabong/kembong, pari mahupun cencaru. Terdapat dua jenis ikan bakar yang ditawarkan iaitu bakar kunyit dan juga bakar gaya potugis. Saya dah cuba cara bakar gaya portugis memang sangat sedap. Perapannya cukup rasa memang sangat istimewa.








Di Restoran Setia Ikan Bakar juga ada menawarkan lebih 60 jenis lauk kampung. Dari masak lemak, gulai, asam pedas, goreng bercili dan pelbagai lagi. Masakan sayur pun banyak juga pilihan. Dan saya memang memilih ulam-ulaman, telur asin, masakan udang dan gulai lemak. Makan makanan tengahari seeprti ini memang paling saya gemari. Puas hati dengan ikan bakar yang dinikmati dalam keadaan masih panas lagi.


Untuk air disediakan dalam balang. Air minuman biasa untuk cawan bersaiz yang agak besar adalah RM3. Manakala air buahan seperti air buah tembikai RM5. 



Konsep kedai ini adalah layan diri. Kita boleh ambil nasi sendiri dan lauk-pauk yang kita mahukan. Seterusnya terus ke kaunter untuk dibuat pembayaran. Memang tak hassle.


Sekarang ini Restoran Setia Ikan Bakar sedang mengadakan promosi IKAN BAKAR RM2 dari 3 Julai hingga 9 Julai 2023. Setiap hari jenis ikan promosi yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Jadi korang jangan lupa rebut tawaran istimewa ini. Datang bersama keluarga mahupun rakan kerja lebih meriah rasanya.

Restoran Setia Ikan Bakar Menawarkan Hidangan Ikan Bakar Segar dan Kepelbagaian Lauk Pauk Kampung Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.