Parkour Challenge di Aeon Mall Shah Alam

Pantas, padu dan berani itu yang dapat saya gambarkan ketika menyaksikan aksi peserta Parkour Challenge Peringkat Asia yang berlangsung di Aeon Mall Shah Alam baru-baru ini.


Peserta Parkour bukan sahaja dari Malaysia bahkan turut disertai peserta-peserta dari negara jiran. Oh ya! Selain daripada Parkour Challenge turut diadakan Parkour Warkshop bagi sesiapa sahaja yang berminat.

Jemputan VIP Ke Acara Penyampaian Hadiah
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan pada hari Selasa 15 Ogos 2023, jam 6.10 petang. 


Antara VIP yang hadir seperti YB Adam Adli (Timbalan Menteri Belia & Sukan), Mr. Daisuke Takahashi (1st Secretary of Japan Embassy Malaysia), Mr Morinari Watanabi (CEO of International Gymnastics Federation), Dato Tan Gin Soon (CEO of Malaysian Gymnasium Federation) dan Mr Naoya Akada (Deputy Managing Director of Aeon Malaysia).

Tiga Pemain Terpantas
Peserta amatur yang menyertai Parkour Challenge sememangnya mempunyai pengalaman yang cukup
luas dalam bidang sukan ekstrem ini. Ianya bukan sahaja disertai peserta lelaki tetapi terdapat juga wakil peserta wanita yang menyahut cabaran.

Dan tahniah diucapkan kepada 3 pemain teratas terbaik iaitu:-

Juara, Muhammad  Naqib Abu Bakar dari Serendah

Naib Juara,  Koh Chin Pen 

Tempat ketiga, Muhammad Faiz dari Singapura

Perlawanan Persahabatan 


Bertambah meriah dengan adanya perlawanan persahabatan local VS World Speed Competition. Perlumbaan menguji ketangkasan atlet parkour hebat luar negara seperti Stephania Zitis, Javiar Rodriguez dan Caryl Cordt Moeller bertarung dengan pemain terbaik Challenge Parkour tahun ini.


Penganjuran acara sukan ekstrem peringkat Asia di Aeon Mall Shah Alam memang terbaik. Dan ianya sememangnya sukses!

Parkour Challenge di Aeon Mall Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 16, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.