AS-SAFINAZ @18 LOUNGE Di Mardhiyyah Hotel Memberi Kelainan Kepada Tetamu

Terletak di tengah bandaraya Shah Alam, Mardhiyyah Hotel & Suites telah membuka tirai dengan
mengumumkan pembukaan aras eksklusif, As-Safinaz. Mardhiyyah Hotel terletak hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur ini telah memperkenalkan konsep mewah As-Safinaz ini menawarkan servis hospitaliti tempatan yang baik dengan penuh ketelitian yang ekslusif.


As-Safinaz yang terletak di aras 17, 18 dan 19 hotel memberi kemudahan tambahan yang dilengkapi
dengan fasiliti lebih istimewa. Jom serikan hari anda dengan membina kenangan bersama Mardhiyyah Hotel & Suites dengan menjamu mata denganpemandangan bandaraya Shah Alam.

KEISTIMEWAAN AS-SAFINAZ @18 LOUNGE
Bagi mereka yang mencari ruang istirehat yang eksklusif lagi moden,serta layanan terbaik, di mana kemewahan dan juga nilai-nilai Islam dan perjalanan kulinari digabungkan dalam satu bentuk yang cukup sempurna.

Tetamu As-Safinaz boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cukup mempesonakan, Taman Tasik Shah Alam yang tenang dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang cukup gah dilihat dari jarak dekat. Dan As-Safinaz @18 Lounge membuka tempahan penginapan tetamu dari peringkat umur 12 tahun ke atas.




Selain itu, bagi mengekalkan privasi untuk para tetamu, As-Safinaz menyediakan ruangan sarapan di As-Safinaz @ 18 lounge antara 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan keistimewaan untuk mengakses As- Safinaz @ 18 Lounge, tetamu akan menikmati beberapa kemudahan yang disediakan, perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar, minuman semasa ketibaan dan daftar keluar lewat atau daftar masuk awal percuma (tertakluk pada ketersediaan).




As-Safinaz yang lengkap dengan pelbagai kemudahan menawarkan diskaun 50% untuk perkhidmatan dobi & menyeterika sepanjang penginapan. Tetamu As-Safinaz juga akan menerima kemudahan bar mini percuma dan hidangan kopi & teh selain turut menyediakan hors d’ oeuvres sebelum makan malam yang disediakan dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.

Pengiktirafan Mardhiyyah Hotel & Suites
Mardhiyyah Hotel & Suites telah diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan
melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) dalam Kategori
Platinum. Kategori platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel berkonsepkan Mesra Muslim dengan
kelengkapan dan kemudahan patuh syariah. Sebagai ciri pelancongan mesra Muslim, ia mempunyai
restoran yang disahkan halal oleh JAKIM.

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites telah dinilai dan mematuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS. Hotel ini memenuhi kriteria untuk memiliki Muslim Chef (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan), Penasihat Syariah dan mempunyai Jawatankuasa Halal.

Hotel bertaraf 5 bintang ini turut mendapat pengiktirafan sebagai Hotel Terbaik Mesra Muslim di Halal in Travel Awards anjuran Crescent Rating bersempena dengan Halal in Travel Global Summit 2022 di
Singapura.

Tel: 03 5511 8811
E-mel: info@mardhiyyahhotel.com
Alamat: Lot 5.5 Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, Shah Alam 40000
Selangor Darul Ehsan.


AS-SAFINAZ @18 LOUNGE Di Mardhiyyah Hotel Memberi Kelainan Kepada Tetamu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 18, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.