Bengkel Blueberry Wonder Anjuran Oregon Washington Blueberries Memang Best!

Saya telah menyertai Bengkel Blueberry Wonder,yang telah diadakan di KL Wellness City di Bukit Jalil. Pelbagai aktiviti disediakan penganjur Oregon Washington Blueberries. Antaranya seperti perkongsian informasi tentang manfaat buah blueberries, demonstrasi masakan dan aktiviti menyediakan resepi menggunakan buah blueberries.


Encik Eddie Saw wakil dari Total Market Solutions telah berkongsi kebaikan blueberries yang kini mendapat perhatian sebagai buahan yang hebat dengan ciri antioksida dan bagaimana kepentingan buah blueberries ini dalam diet harian.


Seterusnya slot perkongsian mom influencer Iman Azman yang turut berkongsi mengapa beliau memilih blueberries sebagai ruji dalam diet. Ini adalah kerana blueberries dapat memberi nilai pemakanan yang luar biasa dan serba boleh yang boleh dimasukkan ke dalam hampir semua hidangan dan minuman.


Tambah Iman lagi, 
Anak-anak kecil saya  sangat sukakan blueberries dalam kek cawan. Sebagai ibu saya berasa lebih yakin untuk menambah bahan-bahan segar dan berkhasiat ke dalam snek dan minuman kegemaran mereka.


Perjalanan gastronomi acara telah diserikan lagi kehadiran Chef Zie Zie, yang menunjukkan demonstrasi masakan Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl . Kami semua berpeluang menyaksikan sendiri gabungan perisa blueberries dapat menjadikan hidangan lebih enak dan manis secara semulajadi.


Saya dan rakan-rakan KOL yang lain juga smepat belajar dan membuat sendiri Tart Mini Keju Krim Blueberry serta  Minuman Blueberry Colada yang cukup  menyegarkan. Mudah sahaja rupanya!


Sebelum pulang, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Dan kami semua sempat menikmati hidangan yang cukup enak disediakan oleh pihak penganjur, Oregon Washington Blueberries.


Apa yang penting buah blueberries, merupakan buah  bersaiz kecil yang kaya dengan antioksida. Ianya dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan serta menguatkan sistem imun terutama dalam menyokong kesihatan jantung. 


Buah blueberries bebas kolesterol, kaya dengan Potassium dan Vitamin C yang tinggi, menjadikannya salah satu pilihan utama makanan hebat kepada mereka yang menggayakan gaya hidup yang sihat. Oregon Washington Blueberries dipilih dengan teliti, hanya blueberries berkualiti terbaik sahaja dipilih. 


Jangan lupa untuk dapatkan Oregon Washington Blueberries di pasar raya dan kedai runcit utama.

Bengkel Blueberry Wonder Anjuran Oregon Washington Blueberries Memang Best! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 21, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.