Gabungan Sushi Bersama True Aussie Beef & Lamb, Memang Sedap!
Gabungan Sushi Bersama True Aussie Beef & Lamb, Memang Sedap! - Satu acara yang menggabungkan budaya masakan dari 2 negara, "A Japanese and Australian Epicurean Affair" oleh Meat & Livestock Australia yang telah diadakan di di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Acara yang melibatkan kerjasama yang cukup hebat di antara dua tradisi kulinari yang akan menerokai seni pembuatan sushi dengan menggunakan Daging Lembu dan Kambing Australia yang terbaik.
Selain itu penganjuran acara ini juga bersempena dengan Siri #DinewithChef hotel yang menampilkan Chef Cash Fong -- A Japanese and Australian Epicurean Affair -- dari 24 Ogos hingga 3 September.
Chef Cash Fong yang merupakan Chef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, mengendalikan masterclass eksklusif ini di THIRTY8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Chef Fong juga telah menunjukkan cara yang terbaik untuk membuat sushi dan onigiri menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia.
Negara Australia sememangnya telah lama diiktiraf sebagai pengeksport utama daging lembu dan kambing berkualiti premium. Dan True Aussie Beef & Lamb menawarkan daging-daging yang berstatus halal. Tidak hairanlah jenama ini sering mendapat permintaan daripada kalangan masyarakat Malaysia. Daging yang dieksport bukan sahaja berjus tetapi juga memenuhi piawaian keselamatan tertinggi.
Daging lembu dan bebiri muda kambing halal terbaik Australia adalah hasil padang rumput ternak hijau yang subur, udara segar, cahaya matahari dan air bersih. Daging lembu Australia sentiasa menjadi pilihan unggul, dengan rangkaian tekstur, kelembutan, profil rasa dan kualiti pemakanannya. Rangkaian besarnya termasuk produk daging lembu yang diberi makan rumput berkualiti, bijirin, organik beserta baka yang berkualiti tinggi seperti Wagyu, Hereford dan Angus. Kambing Bebiri muda Australia adalah sumber protein yang bermutu tinggi, lazat dan sihat juga.
Daging lembu dan bebiri muda kambing Australia halal sungguh segar, berperisa dan serba boleh sehingga sesuai dengan pembuatan sushi Jepun. Lagipun sushi yang baik tidak semestinya dengan makanan laut. Sushi yang dibuat dengan daging lembu Australia Wagyu, Hereford dan Angus, misalnya, akan menaikkan beberapa tahap dalam rasa dan tekstur. Tidak hairanlah bahawa sushi dengan daging lembu khusus baka ini menjadi trend.
Bebiri muda dalam Sushi sememangnya jarang diketahui dan sebenarnya memberikan satu lagi dimensi rasa yang menarik kepada sushi dan onigiri. Bebiri muda Australia ialah pilihan protein yang sihat.

Mudah dan lazat
Satu demonstrasi penyediaan hidangan sushi bersama produk dari True Aussie Beef & Lamb telah diadakan oleh chef jemputan. Dan saya bersama pengamal media juga berkesempatan mencuba sendiri membuat sushi bersama bahan utama daging lembu serta kambing dari True Aussie.
Selain itu , saya juga sempat merasai hidangan Jepun dalam Siri #DinewithChef. Antaranya ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri muda Australia) dan Stik Wasabi Australia
Mudah dan sedap. Nikmatinya dengan rasa terindah, itadakimasu!
Gabungan Sushi Bersama True Aussie Beef & Lamb, Memang Sedap!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 25, 2023
Rating:
nilah event yg u attend ari tu yer ;) semua nmpk sedap tuuu
ReplyDelete