Kafe Hunting : Chop Tiang Bee Cafe & Restaurant
Jalan-jalan di bandar Melaka di kawasan Jonker Walk, tiba-tiba nampak satu kafe hipster ni. Dari luar dah nampak cantik dan unik. Paling penting keadaan persekitaran kafe ini sangat tenang, tidaklah terlalu ramai orang. Kenalkan Chop Tiang Bee Cafe & Restaurant.
Kafe ini tidaklah terlalu besar. Sederhana sahaja saiznya. Ketika kami melangkah masuk ke dalam kafe, fuhh semerbak haruman bau brownies yang sedang dibakar. Susunatur didalam kafe sangat kemas dan cantik.
Terdapat lukisan, gambar potret dan banyak betul perkakasan antik. Saya dapat bayangkan pemilik kafe tentunya seorang pengumpul barang-barang lama.
Pilihan makanan dalam menu tidak banyak sangat makanan berat. Ada juga nasi goreng dan sebagainya. Tetapi disebabkan saya dan kawan-kawan hanya datang santai untuk minum-minum, jadinya kami hanya memesan makanan ringgan dan ringkas.
Banyak sudut di kafe ini yang sesuai untuk korang berOOTD tau! Kalau datang dengan pakai ala-ala orang lama lagi nampak cun.
Antara hidangan yang sempat kami nikmati seperti:-
Char Kuey Teow Goreng - Bagai saya hidangan ini biasa sahaja. Sedap juga tapi bukanlah extra sedap yang kita akan repeat makan lagi. Portion pun boleh dinikmati 1-2 orang.
Kari Laksa - Ok, hidangan ini sedap. Rasa kari yang cukup ngam tidak terlalu pekat ataupun terlampau cair. Tak kedekut bahan, macam-macam ada didalam mee ini.
French Fries - Ni biasa jerlah hehehe.
Carrot cake dan brownies - brownies masa kitaorang nikmati hari itu masih lagi panas-panas. Memang sedap. Sekiranya ada ais krim vanilla dinikmati bersama, lebih ngam dan sedap. Carrot cake tu memang sedap. Suka cream cheese di atasnya.
Kafe Hunting : Chop Tiang Bee Cafe & Restaurant
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 02, 2023
Rating:
err ada tanda halal jakim ker (i memang fussy bab2 ni)
ReplyDelete