#SapotLokal Bersempena Merdeka ke 66 di Pavilion Bukit Jalil

Memang diakui, sebagai rakyat Malaysia melalui kepelbagaian makanan, budaya dan warisan dapat menyatukan kita semua  yang hidup berbilang bangsa. Jadinya bagi menyemarakkan lagi tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-66, jom kita sama-sama kita menyertai kempen #SapotLokal di Pavilion Bukit Jalil.

Belanja Sakan!


Bayangkan kita dapat kembalikan kenangan semasa kecil. Yup! Di outlet duluKINI korang boleh temui sentuhan unik produk Malaysia sepanjang kehidupan yang dilalui - daripada barangan buatan rotan tradisional, periuk enamel, beg tenunan tangan dan pelbagai pakaian tradisional yang sesuai untuk sebarang majlis. Begitu juga dengan snek zaman kanak-kanak kegemaran anda semasa ada ditawarkan di sini. Dari batu permata ke kerepek bawang dan juga biskut bangkit, sesuatu yang menjadi nostalgia tetap dalam ingatan!

Lokasi: duluKINI, Tingkat 2 (Zon Merah Jambu)

Serlahkan Keanggunan Anda

Jenama dUCK  memang cukup dikenali dan sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Butik yang menawarkan untuk merek yang sukakan gaya kasual atau formal. Ada terdapat pelbagai koleksi tudung, pakaian dan beg yang ditawarkan. Terkini adalah koleksi Merdeka yang berinspirasikan kopitiam dan ianya adalah edisi terhad.




Lokasi: dUCk, Tahap 2 (Zon Merah Jambu)

Ekspresikan patriotisme dan kreativiti anda melalui solekan yang menampilkan Krim Muka Pelembap Bright Boost Alha Alfa, Royal Propolis Foundation, Super Stay Fixing Powder, Pressed Powder Eyeshadow Palette dan banyak lagi. Hanya yang terbaik produk dari jenama kecantikan Alha Alfa.



Lokasi:
Alha Alfa, Tingkat 2 (Zon Merah Jambu)


Rasa Malaysia Semua Dalam Satu Tempat
Bila membicarakan tentang makanan, Malaysia antara negara Asia yang ada menawarkan pelbagai hidangan ikonik. Jika korang mencari restoran yang ada menawarkan hidangan citarasa Malaysia yang enak. Bolehlah singgah ke restoran mesra muslim Real Kungfu GD. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti Nasi Lemak Pandan, char kuey teow dan pelbagai lagi






Lokasi:
Real Kungfu GD, Tingkat 1 (Zon Merah Jambu)

Manakala untuk penggemar laksa, Teh Tarik Place menghidangkan ENAM jenis laksa dari negeri yang berbeza termasuk Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak! 




Lokasi:
Teh Tarik Place, Tingkat 1 (Zon Merah Jambu)

Apa yang pasti menikmati hidangan di sini dapat memberikan pengalaman gastronomi yang tidak boleh dilupakan.




Serlahkan Bakat Seni Dalam Diri Anda
Inspirasi dari semangat Merdeka dan serlahkan bakat seni dengan menyertai bengkel seni di Bear It, Art and Craft's yang  akanberlangsung setiap Ahad dari 27 Ogos hingga 17 September.Sesi seni dan kraf ini dibuka untuk semua peringkat umur dan korang boleh membawa balik hanya seni yang telah dihasilkan. Oh ya! Anak-anak anda boleh menyertai peraduan mewarna Colours of Unity Merdeka pada 26 Ogos dan berpeluang memenangi baucar tunai sehingga RM500.



Lokasi:
Merdeka Craft @ Bear It, Seni dan Kraf, Tingkat 2 (Zon Merah Jambu)

Sempena sambutan Merdeka, pelajar Kolej Universiti UCSI telah menghasilkan pakaian batik shibori terpanjang  dengan seni fesyen yang menjiwai semangat perpaduan Malaysia. Ianya adalah pakaian Unity with HOPE – pakaian 500 meter ini ada dipamerkan di Pavilion Bukit Jalil sehingga 17 September dan selepas tarikh ini pihak UCSI akan menjual pakaian ini mengikut meter bagi mengumpul RM10,000 untuk tujuan amal. Jangan lupa singgah dan menyaksikan sendiri keindahan dan perincian dalam penghasilan pakaian Unity with HOPE.

Lokasi:
Perpaduan dengan Pakaian HOPE, Tingkat 3 (Zon Merah Jambu)

Menarikkan! Jom #SapotLokal bersemoena merdeka ke 66 di Pavilion Bukit Jalil.

#SapotLokal Bersempena Merdeka ke 66 di Pavilion Bukit Jalil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 24, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. Teh Tarik Place tu salah satu restoran kegemaran our family :) dulu2 ada one outlet kat wangsa walk...then lps tu dh tak de dah...so weolls gigih pegi TTP kat one utama/the curve

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.