Saya Sertai Guardian Workshop & Sensitive Skin Siri 2 Anjuran Bersama Cetaphil dan Suu Balm

Okayyy guys. Dah lama rasanya saya tak kongsikan aktiviti yang melibatkan bengkel kecantikan. Tak dapat jemputan juga salah satu sebab. Al-maklumlah acik dah berumur, hahahahah. Jadinya tidaklah selalu ke bengkel mencantikkan diri, hiks.


Sabtu baru-baru ini . saya berkesempatan untuk menyertai Guardian Workshop & Sensitive Skin Siri 2 . Bengkel ini merupakan kolaborasi bersama dengan jenama yang cukup dikenali iaitu Cetaphil dan Suu Balm. Dan bengkel ini telah berlangsung di Restoran Elephant Resort One Utama.

Btw, ini kali pertama saya ke Restoran Elephant Resort. Cantik sangat dekorasi kat sini, astetik dengan warna-warna terang oren dan coklat. Restoran ini terletak berdekatan dengan McDonalds dan KFC One Utama.

Sesi 1 : Suu Balm

Untuk sesi 1, kami telah mendengar perkongsian dari Dr Kartini Farah Rahim, Consultant Dermatologist, Hospital Pakar Avisena. Dr. Kartini telah menerangkan jenis-jenis kulit bermasalah dan bagaimana kita mengatasi masalah ini dengan cara yang betul.


Ini termasuklah dengan menggunakan produk yang betul dan terbaik. Apakah kandungan bahan yang perlu dielakkan dan paling best tips yang dikongsikan oleh Dr, Kartini yang sememangnya pakar tentang kulit.


Untuk info, Suu Balm didatangkan bersama formula lembut berasaskan bahan semula jadi yang sesuai walaupun untuk kulit yang paling sensitif.. Di samping itu, Suu Balm juga mengandungi ramuan khusus untuk memberikan kelegaan cepat gatal, antara fakta menarik tentang produk Suu Balm seperti:-

mengandungi mentol yang memberikan sensasi segar dan menyejukkan pada kulit, memberikan anda kelegaan dalam beberapa minit.
Ceramides membantu memulihkan kelembapan kulit.
Dirumus oleh Pusat Kulit Negara (NSC)
Ketiadaan bahan pengawet, paraben dan pewangi menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Untuk kulit kering, gatal dan sensitif
Melegakan kegatalan dalam masa 5 minit dengan mentol penyejuk semula jadi
5 jenis ceramida yang dapat melembapkan dan memulihkan kulit
Tekstur ringan dan tidak melekit
Bebas Paraben, pengawet dan bebas pewangi

Sesi 2 : Cetaphil

Seterusnya adalah sesi bersama Cetaphil di mana Dr Peter Ch’ng, Dermatologist telah menerangkan tentang kepentingan kita memakai pelembap muka sepanjang hari. Bagaimana kulit mudah kehilangan anjal disebabkan kering dan sebagainya. Manakala Agnes Chan, Cetaphil Brand Manager memperkenalkan produk terbaru Cetaphil iaitu NEW Cetaphil Optimal Hydration Skin Restoring Water Gel.


Apa yang best tentang produk ini.
Telah terbukti secara klinikal dapat memberi penghidratan 72 jam lamanya.
Meningkatkan kandungan air kulit untuk penghidratan 72 jam tanpa henti
Dapat menguatkan halangan kelembapan kulit dan meningkatkan kualiti kulit
Menenangkan, menambah dan menggebukan kulit yang dehidrasi dan merengsa
Bebas minyak, bebas pewangi dan bebas pewarna

Untuk sesi bersama Cetaphil ini dikendalikan oleh Beauty Influencer Shi Qi.  Sesi yang cukup santai dan menyeronokkan.


Sepanjang bengkel turut diadakan sesi soal jawab bersama pakar dan juga kuiz interaktif. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pemenang yang bertuah. Dan saya adalah salah seorang pemenang untuk Cetaphil. Heheh. Dapatlah gift card IKEA RM50 dan juga voucher diskaun pembelian produk Cetaphil.


Di akhir acara bengkel disediakan jamuan ringgan. Dan saya sempat juga mencuba produk terbaru Cetaphil. Memang best!


Terima kasih Guardian atas penganjuran bengkel yang cukup menyeronokkan dan paling penting biarpun singkat tetap sarat dengan info bermanfaat.


Saya Sertai Guardian Workshop & Sensitive Skin Siri 2 Anjuran Bersama Cetaphil dan Suu Balm Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 07, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.