Srikandi Tun Fatimah dan Maya Karin : Dua Zaman, Satu Jiwa
Maya Karin sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Untuk koleksi istimewa Merdeka kali ini, Srikandi Tun Fatimah tampil dengan 4 siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni.
Adalah mudah untuk lari dari tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin.
Maya Karin.
Keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan. Hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal qualiti. Ini menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.
Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu
kata Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.
Koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah akan dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini akan menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).
Koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah akan dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini akan menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).
Koleksi edisi terhad ini diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni, dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia.
Srikandi Tun Fatimah dan Maya Karin : Dua Zaman, Satu Jiwa
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 03, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...