Amin Aznizan Usahawan Muda Dari Miri Peneraju SOCC Holdings
Amin Aznizan, anak muda yang berasal dari Miri Sarawak adalah antara usahawan melayu hebat yang cukup berjaya di Malaysia. Mempunyai minat dalam penyediaan makanan sejak dari zaman belajar di luar negara menyebabkan beliau bercita-cita tinggi untuk terlibat dalam dunia perniagaan F&B.
Siapa sangka pada usia 34 tahun hari ini, Amin Aznizan menjadi peneraju empat syarikat besar yang berasaskan perkhidmatan makanan dan minuman iaitu SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn. Bhd., SOCC Catering Sdn. Bhd. dan AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd.
Bergelar Pengarah Urusan untuk perniagaan konglomerat seperti SOCC Holdings Berhad adalah satu kejayaan yang cukup besar dan boleh dijadikan inspirasi generasi muda hari ini. Untuk info, SOCC Holdings Berhad merupakan syarikat generasi keluarga Amin yang telah mula ditubuhkan sejak 1983 lagi.
Oh ya! Amin Aznizan pernah menerima pengiktirafan anugerah usahawan muda (Youth Entrepreneur Award ) oleh Sarawak Bumiputera Chamber of Enterpreneurs (DUBS) pada tahun 2015 .
Meneruskan Legasi Perniagaan SOCC Offshore Sdn Bhd
SOCC Offshore Sdn Bhd telah beroperasi sejak 30 tahun yang lalu dan merupakan pembekal khidmat katering bagi industri minyak dan gas. Buat masa ini, SOCC Offshores Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan katering di 13 pelantar dan kapal di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
SOCC Holdings Berhad di bawah SOCC Offshore Sdn. Bhd. merupakan syarikat pembekal servis makanan dan minuman kepada pelantar di laut yang dimiliki oleh syarikat minyak dan gas. Lebih membanggakan, SOCC Offshore bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk pelantar laut di tanah air bahkan turut membekalkan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas di luar negara seperti Singapura dan Arab Saudi
Terkini, SOCC Offshore Sdn Bhd telah diberi kepercayaan sebagai syarikat pengendali dan mengurus katering bagi industri minyak dan gas di Arab Saudi. Satu kejayaan yang cukup manis bagi sebuah syarikat yang sudah lama menapak di Malaysia.
Perniagaan Kedey Kamek
Amin sememangnya sangat suka memasak dan menyediakan makanan untuk kawan-kawannya ketika belajar. Bagi beliau sendiri, makanan sememangnya dapat menghubungkan manusia dengan berkongsi rasa dan keseronokan menikmatinya bersama-sama.
Kedey Kamek merupakan anak syarikat di bawah AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd. Selain anak Kedey Kamek, jenama Nang Haus, GoGoreng dan Seahorse Seafood juga antara perniagaan yang diusahakan. Seahorse Seafood cukup popular dengan hidupan laut yang cukup segar, manakala Nang Haus merupakan minuman dari Sarawak iaitu '3 layer tea' dalam tin yang kita boleh dapatkan dari kedai serbaneka seperti 7-Eleven.
Menampilkan makanan dari bumi Kenyalang seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Pok, Ayam Pansuh, Amin sangat berbesar hati dapat berkongsi keenakan makanan tradisi serta keunikan budaya Sarawak kepada orang ramai.
Cabaran Untuk Berjaya
Tidak mudah mengalah, itulah prinsip yang sentiasa menjadi pegangan Amin Aznizan. Di usia yang cukup muda dan memegang beberapa portfolio syarikat bukanlah satu usaha yang mudah. Pandangan kurang yakin dari pekerja yang lebih senior dan berpengalaman terhadap Amin menyebabkan beliau sendiri bangkit terus membuktikan beliau mampu menggalas tanggungjawab yang besar.
Begitu juga skeptikal masyarakat yang juga mengaitkan beliau dengan status dari keluarga usahawan berjaya. Bagi Amin sendiri, tidak semua orang berminat untuk berniaga. Masing-masing ada cara dan minat mereka untuk berbuat sesuatu pada komuniti. Contohnya dua adiknya tidak bersama beliau untuk menjalankan perniagaan bahkan ada adiknya yang memberi tumpuan dalam perniagaan bakeri kecil-kecilan yang diusahakan sendiri dan juga terlibat dalam program sukarelawan.
Walau apapun cabarannya, Amin Aznizan hanya pandang terus ke hadapan dengan harapan untuk memperkenalkan makanan dan budaya Sarawak ke seluruh dunia. Selain itu dengan adanya perniagaan yang dibangunkan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Usaha ini bukanlah untuk jangka masa pendek tetapi ianya menuntut pengorbanan dan komitmen jangka masa panjang. Moga Amin Aznizan terus berjaya!
Untuk info dan maklumat lanjut boleh layari:-
- Kedey Kamek: https://kedeykamek.com/
- SOCC Holdings Berhad: https://socc.com.my/
Amin Aznizan Usahawan Muda Dari Miri Peneraju SOCC Holdings
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 01, 2023
Rating:
Amin Aznizan, usahawan berjaya dari Miri, Sarawak, adalah teladan yang menginspirasi banyak individu. Pada usia 34 tahun, beliau telah mencapai kejayaan luar biasa dengan memimpin empat syarikat besar dalam industri makanan dan minuman, termasuk SOCC Holdings Berhad, menjadi inspirasi besar untuk generasi muda Malaysia.
ReplyDeleteWah, bestnya baca cerita Amin Aznizan ni! Semangat usahawan muda dari Miri yang memotivasikan kita semua.
ReplyDeleteWah bagus keep up the good work, its so inspirational for the youth
ReplyDeleteTerbaik Amin Aznizan utk mencapai kejayaan yg cemerlang, bkn sng anak muda hendak mencapai kejayaan mcm nim
ReplyDeleteMy family and I dah pernah dine at Kedey Kemek, Sunway Putra Mall masa time Pesta Buku dulu. Makanan dia sedap2 juga. Rindu nak dine sane lagi.
ReplyDeleteOhh wowo...so proud of this Malaysian entrepreneur ni, thanks for sharing this inspiring story, gonna drop by Kedey Kemek, Sunway Putra Mall to check out la. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDelete